• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liyana Dahului 2 Pukulan Pada Pusingan Pembukaan

oleh AK-47
06/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain meningkat naik negara, Liyana Durisic muncul pendahulu pusingan pembukaan kategori Perempuan 15-18 tahun pada ​​​​Kejohanan Golf Remaja Antarabangsa AmBank SportExcel ke-12 di Kelab Golf and Country Glenmarie di Shah Alam, hari ini.

Pemain berusia 16 tahun itu mencatat tiga bawah par 69.

Ketinggalan dua pukulan di belakang pendahulu adalah Jenny Ham dari Thailand di tempat kedua, manakala pemain Malaysia Vinisha Gunaseelan di kedudukan ketiga selepas melakukan 74 pukulan.

“Saya agak gementar ketika melakukan pukulan pertama, namun menyatakan ini hari yang bagus, dan membuat pukulan masuk ke celah-celah pokok. Walaupun melakukan permulaan hambar, saya memberi motivasi kepada diri saya dengan mengingatkan kembali pukulan saya yang bagus dan tersenyum sepanjang saingan itu.

“Saya berasa lebih baik selepas itu dan cuba mengelak melakukan kesilapan dengan membuat pukulan secara berhati-hati. Saya berjaya mendapatkan satu bawah par di sembilan lubang pertama, dan melakukan dua birdie di lubang ke-16 dan 17.

“Saya benar-benar berpuas hati dengan prestasi hari ini dan berharap dapat mengekalkan momentum itu untuk dua hari akan datang,” kata Liyana.

Sementara itu, salah seorang pemain golf remaja terkemuka Malaysia yang juga juara bertahan, Zubair Firdaus yang mewakili Hills Australia, mencatat dua bawah par 70 untuk mendahului kategori Lelaki 15-18 tahun.

Tiga pemain — Chai Cheng Teck (Australia), Chris Chinapongse (Thailand) dan Sheikh Abd Razak Sheikh Rawof (Malaysia), berkongsi di tempat kedua selepas masing-masing melakukan 74 pukulan.

Dalam kategori umur 13-14, Gabriel Hansel Hari dari Indonesia dan pemain Thailand Pimmada Wongthanavimok, masing-masing muncul pendahulu pada pusingan pembukaan divisyen Lelaki dan Perempuan.

Sementara pemain China An Tong berada di kedudukan teratas kategori Perempuan B-12 dan Pongsapak Laopakdee dari Thailand mendahului Lelaki B-12.

Kejohanan itu menampilkan 109 pemain golf remaja, dan Pemain Terbaik daripada ‘Blue Tee’ (kategori umur Lelaki 13-14 dan 15-18) dan ‘White Tee’ (kategori umur Perempuan 13-14 dan 15-18) akan memburu trofi Tan Sri Azman Hashim, dinamakan sempena nama Pengerusi Kumpulan AmBank. – BERNAMA

Tags: Liyana Durisic
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tenis Malaysia Mampu Langkah Jauh Jika Sistem Betul

Next Post

Thabalan Enggan Selesa Kedudukan Dalam Skuad B-22

Related Posts

No Content Available
Next Post

Thabalan Enggan Selesa Kedudukan Dalam Skuad B-22

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd