• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lepas Janna, Kini Usop Mentor pula Jadi Mangsa?

oleh
06/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADA Khamis lalu, kita dihebohkan mengenai akaun Instagram milik pelakon, Janna Nick yang memiliki 3.1 juta pengikut telah berjaya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Baca: Instagram Digodam, Janna Nick Luah Rasa Sedih

Susulan itu, penyanyi, Usop Mentor dilihat turut sama membantu Janna mendapatkan kembali akaun berkenaan dengan meninggalkan komen menerusi ruangan komen pelakon tersebut pada Sabtu lepas.

Bagaimanapun, niat untuk menolong itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila akaun miliknya pula menjadi mangsa penggodam lain.

Menurut Usop, akaun Instagram yang memiliki 500,000 pengikut itu diceroboh penggodam selepas penyanyi berkenaan meminta agar pihak tidak bertanggungjawab itu memulangkan semula akaun milik Janna.

“Saya mengetahui laman Instagram saya digodam apabila dimaklumkan oleh seorang teman pada pagi Sabtu lalu.

“Sebelum kejadian, saya ada meninggalkan komen di Instagram Janna meminta penggodam memulangkan semula akaun pelakon tersebut.

“Tak sangka pula saya menjadi mangsa seterusnya,” kata naib juara Mentor Milenia 2017 ini dipetik portal mStar Online.

Jelasnya lagi, dia mengakui berasa sedih dengan perkara itu kerana akaun tersebut bukan sahaja tidak dapat diakses malah ia turut hilang daripada carian aplikasi berkenaan.

Usop berkata lagi, ekoran perkara itu dia tidak dapat melelapkan mata dek kerana memikirkan nasib akaun tersebut.

“Sejujurnya, saya bersedih dengan apa yang berlaku dan tidak menyangka akan menjadi mangsa dalam isu ini.

“Sampaikan nak lelapkan mata pun saya tak mampu kerana terfikirkan tentang laman tersebut.

“Besar harapan saya Instagram itu pulih seperti sedia kala dan dikembalikan semula kepada saya,” kata penyanyi berusia 20 tahun ini.

Dalam pada itu, anak jati kelahiran Kedah ini memberitahu buat masa ini dia hanya menggunakan akaun Instagram kelab peminat iaitu Usop Kelia Fans Official sebagai medium memudahkan dia berhubung dengan peminat.

“Buat masa ini saya tidak wujudkan sebarang akaun baru dan hanya menggunakan akaun kelab peminat tersebut.

“Sebarang makluman mengenai perkembangan terkini saya akan dimuat naik di akaun tersebut dan harapnya tiada yang tertipu dengan akaun palsu lain,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, pemilik nama sebenar Saiful Naim Muhd Noor kini sedang sibuk dengan proses menyiapkan single terbarunya yang bakal dilancarkan awal tahun hadapan. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Janna NickUsop Mentor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Janna Nick Akui Alami Masalah Gangguan Bipolar

22/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick mendedahkan dia mengalami masalah gangguan bipolar (bipolar disorder) selain mengaku pernah...

“Mana Ada Kahwin Lari” – Janna Nick

24/04/2020
0

PELAKON popular, Janna Nick didakwa sudah berkahwin dengan kekasinya, Dini Schatzmann di Selatan Thailand pada Jun tahun lalu. Perkara itu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd