• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Rentung Kereta Dipandu Terbakar

oleh Ahmad Albab
27/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki rentung apabila kereta dipandunya terbakar dalam kemalangan di Km 41.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, berhampiran Kulai, pagi tadi.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Muhammad Rusdi Yakob, 29, namun, identiti sebenar belum dapat disahkan berikutan dokumen pengenalan dirinya gagal diperoleh akibat kenderaan yang terbakar keseluruhan.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Dzulkhairi Mukhtar berkata kemalangan berlaku pada 5.55 pagi itu turut mencederakan isteri mangsa, Salwa Atasa Arani, 30, beralamat di Bandar Universiti Seri Iskandar, Perak, manakala anak perempuannya yang berumur tiga tahun tidak cedera.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Persona dipandu mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori atau treler berdasarkan kesan remuk di bahagian hadapan kereta tersebut.

“Ekoran itu, kereta dinaiki sekeluarga itu terbakar dengan mangsa dipercayai tersepit dan terperangkap di dalam kenderaan yang sedang terbakar manakala isteri dan anaknya yang berada di tempat duduk belakang dikeluarkan oleh pengguna jalan raya yang lalu di kawasan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Dzulkhairi berkata mangsa kemudian dikeluarkan dari kenderaan oleh pihak bomba selepas api dipadamkan dan dibawa ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai, untuk bedah siasat.

Beliau berkata isteri dan anaknya turut dibawa ke hospital sama untuk pemeriksaan.

Katanya siasatan mendapati kemalangan berlaku di lorong kiri jalan dan keadaan jalan raya adalah basah akibat hujan.

Siasatan lanjut kemalangan terbabit sedang dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan mautrentung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd