• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dipercayai Cuba Curi Kabel TM Ditahan

oleh Ahmad Albab
30/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Orang ramai bertindak menahan seorang lelaki yang dalam keadaan mencurigakan sedang memanjat tiang dan membuka kabel milik Telekom Malaysia di Kampung Kuala Mengkuang, Kubang Semang di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata penduduk yang membuat rondaan di kawasan itu melihat lelaki berkenaan dalam keadaan mencurigakan sebelum mereka bertindak menahannya kira-kira pukul 5.45 pagi.

“Penduduk kemudiannya memaklumkan kepada polis berhubung kejadian itu dan pemeriksaan kami mendapati lelaki berumur 28 tahun itu dipercayai cuba mencuri kabel milik Telekom Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan juga mendapati kawasan itu kerap berlaku kehilangan kabel milik syarikat telekomunikasi berkenaan sehingga menyebabkan kerugian ribuan ringgit setiap bulan.

Katanya hasil siasatan awal, lelaki itu mengaku terlibat dalam kegiatan curi kabel di sekitar daerah SPT dan dia kemudiannya menjual kabel yang dicuri itu kepada seorang rakannya.

Nik Ros Azhan berkata polis sedang mengesan rakannya itu untuk membantu siasatan dan suspek kini direman empat hari.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berkata polis sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai pengedar dadah dan telah bertindak melarikan diri serta meninggalkan sejumlah dadah bernilai hampir RM10,000 di sebuah kebun kelapa sawit di Machang Bubok di sini semalam.

Katanya dalam kejadian pukul 7 malam itu, sepasukan polis yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan telah ternampak dua lelaki menaiki sebuah motosikal di dalam ladang kelapa sawit tersebut dalam keadaan mencurigakan.

“Polis mengarahkan mereka berhenti dan kedua-dua lelaki itu bertindak melarikan diri sebaik menyedari kehadiran kami serta meninggalkan motosikal bersama dadah jenis heroin dan syabu berkenaan di dalam raga kenderaan tersebut,” katanya.

Beliau berkata polis percaya akan dapat menahan kedua-dua lelaki itu berdasarkan beberapa maklumat termasuk nombor pendaftaraan motosikal yang ditinggalkan mereka dalam kejadian berkenaan. – BERNAMA

Tags: curi kabellelaki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd