• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 300 Orang Hadir Sokong Cikgu Azizan

oleh Ahmad Albab
19/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Lebih 300 orang berkumpul di perkarangan Mahkamah Majistret di sini seawal 7 pagi tadi, bagi menunjukkan sokongan moral mereka terhadap Azizan Manap atau Cikgu Azizan, yang menghadapi pertuduhan mencederakan muridnya.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Harry Tan Huat Hock berkata rata-rata yang hadir memberi sokongan kepada Cikgu Azizan ini merupakan guru-guru dari seluruh negara termasuk guru yang telah bersara.

“Kesemua penyokong bersorak gembira apabila Cikgu Azizan keluar dari mahkamah kira-kira 9.30 pagi dan dimaklumkan bahawa pertuduhan terhadapnya ditarik balik.

“Kami (NUTP) mengucapkan terima kasih kepada pendakwa raya dan mahkamah kerana telah menarik balik kes Cikgu Azizan dan berharap kes sebegini tidak berulang lagi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seorang cikgu semata-mata untuk melihat anak didiknya berjaya dan matlamat pendidik di negara ini hanya satu sahaja iaitu kemenjadian murid.

Sementara itu, Tan berkata pihak NUTP berhasrat mengusulkan tiga perkara kepada Kementerian Pendidikan Malaysia antaranya ialah memberikan perlindungan kepada guru-guru dalam menjalankan tugas sebagai pendidik terutamanya guru disiplin.

Selain itu, guru-guru perlu diberi latihan dalam mengendalikan kes-kes berat yang dilakukan oleh pelajar seperti penyalahgunaan dadah ataupun gengsterisme.

“NUTP juga memohon agar dapat melaksanakan dengan segera Kod Etika Ibu Bapa atau Penjaga melalui kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan NUTP seperti yang dilaksanakan negara luar.

“Jadi dalam kes ini kami ingin menunjukkan kepada masyarakat agar cikgu diberi lebih kuasa untuk menjadikan murid-murid mereka seorang yang holistik dan berguna kepada negara,” katanya.

Mahkamah pagi tadi melepas tanpa membebaskan Cikgu Azizan, 44, yang merupakan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Rendah Taman Semarak, Nilai, dekat sini atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan pada pipi kiri seorang murid lelaki berusia 11 tahun, di hadapan tapak perhimpunan sekolahnya pada jam 7 pagi, 6 April lalu.

Majistret Mohd Zaki Abdul Rahman membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Hazeelia Muhammad, memaklumkan pendakwaan menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk menarik balik pertuduhan kes itu. – BERNAMA

Tags: Cikgu AzizanNUTP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

NUTP Mahu Cuti Rehat Khas Guru Ditingkat Kepada 14 Hari

NUTP Mahu Cuti Rehat Khas Guru Ditingkat Kepada 14 Hari

17/08/2022
0

KUALA LUMPUR : Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan kerajaan meningkatkan Cuti Rehat Khas (CRK) guru daripada 10 kepada 14...

Bahayakan Guru, NUTP Bantah Saringan Covid-19 Di Sekolah

03/12/2021
0

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) membantah pelaksanaaan ujian saringan COVID-19 kepada murid sekolah rendah pada setiap Rabu yang bermula semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd