• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPI Baharu Perkasa Wanita Akan Diperkenalkan

oleh AK-47
07/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bersedia untuk memberikan komitmen tinggi dalam memperkasakan keusahawanan dalam kalangan wanita termasuk memperkenalkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang khusus, kata Menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata cadangan KPI itu, yang selaras dengan aspirasi kerajaan dalam memastikan wanita terus memainkan peranan penting dalam pertumbuhan negara, akan dilaksanakan menerusi agensi di bawah kementerian.

Ini termasuk Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), SME Corporation Malaysia (SME Corp) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), katanya.

“Di rantau Eropah, negara-negara Scandinavia sudah maju ke hadapan dalam agenda memperkasakan wanita dan Malaysia akan bergerak ke arah yang betul (juga).

“Sekiranya semua kementerian mempunyai agenda wanita, sudah pasti ia (KPI) akan lebih terserlah lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Wanita Kreatif di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Mustapa berkata demikian ketika mengulas mengenai permintaan Ketua Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil pada program itu, yang diadakan bersempena Perhimpunan Agung UMNO di sini.

Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berharap agar dengan KPI berkenaan, ia akan membantu Malaysia menghasilkan lebih ramai usahawan dalam kalangan wanita yang bersaing bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga secara global.

Mustapa turut yakin kementeriannya akan mencapai KPI itu dengan sokongan teguh daripada pemimpin wanita di bawah MITI, khususnya daripada Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Datuk Dr Hafsah Hashim dan Pengerusi Matrade Datuk Noraini Ahmad.

“Organisasi yang diketuai oleh wanita sudah pasti akan membawa agenda tersebut ke tahap yang tinggi, berbanding diketuai oleh lelaki,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mustapa MohamedKPI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mustapa Keluar UMNO Warnai Politik Kelantan

29/12/2018
0

KOTA BHARU - Keputusan Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari UMNO setelah lebih 40 tahun bersama parti itu adalah antara...

Tok Pa Jalani Pembedahan Buang Batu Karang

16/11/2018
0

JELI - Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini akan menjalani rawatan pembedahan membuang batu karang, kata Pembantu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd