• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kompang Pusaka Seni Warisan Negara

oleh AK-47
19/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kita sering kali mendengar alunan rancak paluan kompang khususnya di majlis perkahwinan dan menyangka ia hanya mempunyai satu jenis rentak sahaja.

Namun, tidak ramai yang mengetahui kompang turut mempunyai jenis berbeza sehinggalah dua kumpulan kompang warisan iaitu Persatuan Kompang Kampung Parit Madirono, Johor dan Kumpulan Kompang Anak Selangor (KOMPAS) membuat persembahan memukau, di Publika, di sini malam semalam.

Persembahan kedua-dua kumpulan berkenaan sememangnya mencuri tumpuan para penonton yang hadir memandangkan setiap rentak yang diperdengarkan begitu berbeza sekali dengan apa yang sering didengari.

Ketua Persatuan Kompang Kampung Parit Madirono, Mahni Jais, 43, berkata jenis kompang yang diguna pakai kumpulan terbabit iaitu kompang ‘jidor’ berasal dari Indonesia dan mula berkembang di Malaysia sekitar tahun 1970-an.

Menurutnya, jidor yang bermaksud ibu segala pelengkap bunyi kompang itu mempunyai bunyi berbeza berbanding kompang Melayu dan hal ini berikutan saiz jidor yang lebih besar dibuat menggunakan kulit kambing jantan manakala kompang Melayu adalah sebaliknya.

“Kompang dan jidor menghasilkan bunyi yang amat berbeza namun apabila dimainkan bersama, bunyi yang sempurna akan terhasil.

“Selain itu, kompang jidor juga mempunyai 12 jenis pukulan berbeza berbanding empat pukulan bagi kompang Melayu dan kompang Jidor juga dimainkan sambil diiringi rawi (berzanji) oleh ahli kumpulan,” katanya kepada Bernama.

Antara pukulan yang terlibat ialah ‘merapat’, ‘menyelang’, ‘anak’ dan ‘menyalah’ yang mana menurut Mahni, jika digabungkan kesemua bunyi pukulan berkenaan akan menghasilkan satu irama yang cantik.

“Untuk menguasai kesemua pukulan asas ini, ia boleh mengambil masa sehingga dua tahun namun semuanya bergantung kepada tahap keupayaan seseorang itu sendiri dalam mempelajari seni warisan ini,” katanya.

Tambahnya, kumpulan berkenaan yang berasal dari Pontian, Johor itu sering menerima undangan persembahan di majlis keraian khususnya majlis perkahwinan dan majlis perpisahan malah turut pernah membuat persembahan di majlis melibatkan Sultan Johor.

Sementara itu, Ketua KOMPAS, Badron Omar, 66, berkata kumpulan yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor itu adalah antara pewaris tradisi kompang ‘teruntung’ paling lama di negara ini yang wujud sejak 1930-an.

Beliau berkata perkataan teruntung membawa maksud bunyi atau irama utama dalam bahasa Jawa dan kompang berkenaan mempunyai enam jenis pukulan asas iaitu ‘kesalahan’, ‘banggen’, ‘babon’, ‘perapatan’, ‘kempling’ dan ‘beduk’.

“Seramai sembilan orang ahli utama diperlukan dalam menghasilkan bunyi yang baik dan bagi bunyi sampingan, ahli yang bermain boleh mencecah sehingga 20 orang dalam satu masa.

“Bagaimanapun, cabaran yang sering kami hadapi dalam mengekalkan warisan ini adalah untuk mengajak anak-anak muda zaman ini yang sudah tidak minat lagi untuk bermain kompang,” katanya.

Badron berkata demi mengekalkan tradisi kesenian berharga tersebut, pasukannya mengambil langkah membuka kelas belajar kompang teruntung di sekitar Sabak Bernam pada setiap minggu.

“Walaupun sambutan daripada anak muda agak sedikit namun kami tetap akan teruskannya (kelas) agar tradisi kompang teruntung tidak terhapus begitu sahaja dan kami tetap akan mempertahankannya sampai bila-bila,” katanya.

Persembahan daripada kedua-dua kumpulan kompang berkenaan pada malam tadi adalah bersempena Malam Kompang Pusaka anjuran Pusaka, sebuah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan warisan seni tradisional tempatan. – BERNAMA

Tags: kompang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mayat Janda Ditemui Di Bawah Jejantas Di Klang

Next Post

Isu Lesen Dialog Axiata Di Sri Lanka Dijangka Selesai

Related Posts

Pembuat Kompang Teruskan Tradisi Keluarga

26/12/2018
0

JOHOR BAHRU - Tradisi turun-temurun keluarga dalam penghasilan alat muzik tradisional yang berasaskan kayu dan kulit terutamanya kompang tetap diteruskan...

Cekal Teruskan Tradisi Paluan Kompang

02/07/2017
0

MELAKA – Seorang pembuat kompang di Melaka masih cekal menghasilkan alat muzik itu yang biasanya menjadi pelengkap majlis kenduri perkahwinan...

Next Post

Isu Lesen Dialog Axiata Di Sri Lanka Dijangka Selesai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd