• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kombinasi Pemain Tempatan, Import Harap Lonjak Melaka United

oleh AK-47
27/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Melaka United (MU) berharap kombinasi baharu pemain import dan tempatan mampu melonjak pasukan Sang Kancil itu berada dalam lima pasukan terbaik saingan Liga Super pada musim depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) Datuk Mohd Yusof Mahadi berkata pasukan MU yang berwajah baharu kini lebih bersedia untuk menghadapi saingan musim baharu Liga Malaysia yang akan bermula tidak lama lagi.

“MU kini mempunyai pemain tempatan yang lebih berpengalaman berbanding sebelum ini apabila sebahagian besar pemain mempunyai pengalaman beraksi dalam Liga Super.

“Sebelum ini, MU hanya mempunyai satu atau dua orang pemain sahaja yang pernah beraksi dalam Liga Super namun kini kita mempunyai pemain tempatan berpengalaman seperti S. Chanturu, R. Gopinathan dan Ahmad Fakri Saarani yang diharap dapat membantu pasukan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya semua pemain import telah dipilih oleh jurulatih Enduardo Almeida sendiri dan beliau bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kesemua pemain, baik pemain tempatan mahupun import mampu bergerak sebagai satu pasukan apabila beraksi di padang nanti.

Pemain import pasukan MU terdiri daripada Yahor Zubovich (Belarus), Shahdan Sulaiman (Singapura), Tiago Gomes (Portugal), Steven Thicot (Perancis) dan Jeon Woo Young (Korea Selatan).

“Saya harap masalah yang sama tidak akan berulang tahun ini apabila kita mengalami masalah jurang persefahaman antara pemain tempatan dan pemain import walaupun MU mempunyai barisan pemain import yang baik pada ketika itu,” katanya.

Beliau berkata pada kali ini, MU memberi kebebasan penuh kepada Almeida untuk membuat percaturan dengan memilih sendiri barisan pemain pasukan MU 2018.

“MU tidak meletakan sasaran untuk memenangi sebarang trofi pada musim depan sebaliknya meletakkan sasaran yang lebih realistik iaitu sekurang-kurangnya mara ke final Piala FA dan ke suku akhir Piala Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Melaka United
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Shukor Pasang Impian Bawa Melaka United Ke Piala AFC

31/12/2018
0

MELAKA - Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan memasang impian untuk membawa Melaka United beraksi di Piala AFC selepas kembali menabur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd