• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KFA Dapat Peruntukan RM30 Juta Musim 2018

oleh AK-47
21/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) memperoleh peruntukan RM30 juta bagi musim 2018 berbanding RM27 juta tahun ini bagi memenuhi pelbagai aspek keperluan dalam memastikan Lang Merah bersedia menghadapi cabaran musim depan.

Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata daripada jumlah RM30 juta itu, sebanyak RM18 juta diterima daripada penaja utama, ECK Development Sdn Bhd.

“Sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk mendapatkan khidmat lima pemain import dan buat masa sekarang kami mempunyai dua pemain import lama iaitu Sandro Da Silva dan Liridon Krasniqi.

“Kami masih mencari tiga pemain import dan ia dijangka selesai menjelang pertengahan Januari 2018 bagi membolehkan pasukan bersiap sedia untuk perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada Februari nanti,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Kongres Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ke-42 di Wisma Darul Aman, hari ini.

Katanya, pemilihan tiga pemain import itu akan dibuat oleh Ramon Marcote sebagai jurulatih utama dalam usaha untuk membina satu pasukan yang kuat sebelum ia akan dimuktamadkan bersama pihak KFA.

Pada mesyuarat tersebut, Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Aminuddin Omar memaklumkan kesemua 36 ahli gabungan KFA bersetuju untuk mengekalkan Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah sebagai Presiden KFA.

Ahmad Bashah yang mempengerusikan mesyuarat tersebut berkata dia berterima kasih kepada semua ahli gabungan dan penaja utama skuad Lang Merah, ECK Development yang memberi kepercayaan kepadanya untuk terus menerajui KFA.

“Harapan penaja dan semua ahli gabungan adalah untuk melihat KFA terus kuat dan perkara paling penting di sini ialah kerjasama daripada semua pihak termasuk penaja dan penyokong.

“Kami (KFA) tidak minta dipuji tapi berharap semua pihak untuk terus bersama KFA dalam apa juga keadaan. Penyokong juga perlu menyokong keseluruhan struktur KFA, kalau sokong bola sepak tetapi tidak sokong pengurusan ia akan lemah juga,” katanya.

Isnin lalu, Pengarah ECK Development Sdn Bhd Puan Sri Ginney Chew dalam kenyataan berkata pihaknya akan mempertimbangkan semula penajaan sekiranya Presiden KFA Ahmad Bashah meletakkan jawatannya seperti yang didesak pihak tertentu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ahmad Bashah Md HanipahPresiden KFA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nusajaya Greens Jual Tanah Iskandar Puteri RM82.1 Juta

Next Post

Permata Bantu Kurikulum ECEC Fiyavathi Shelter

Related Posts

PRU14: BN Kedah Hormati Keputusan Rakyat

10/05/2018
0

ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) Kedah menghormati keputusan rakyat negeri ini yang menolak parti itu pada Pilihan Raya Umum...

Ahmad Bashah Gagal Pertahan DUN Suka Menanti

10/05/2018
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka...

Next Post

Permata Bantu Kurikulum ECEC Fiyavathi Shelter

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd