• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keupayaan Esscom Tidak Harus Diperkecilkan

oleh Ahmad Albab
15/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BELURAN – Keupayaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dalam mempertahankan keamanan negara tidak harus diperkecilkan oleh mana-mana pihak, kata Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat itu berkata ini kerana sejak ditubuhkan selepas insiden Tanduo pada Mac 2013, Esscom telah memperlihatkan banyak kejayaan khususnya dalam mematahkan cubaan atau rancangan penculikan oleh pelaku jenayah rentas sempadan dari negara jiran.

“Jangan jadi seperti pembangkang di negara ini yang memperkecilkan keupayaan pasukan keselamatan dalam memperkukuh aspek keselamatan tetapi berilah sokongan sepenuhnya terhadap kesungguhan mereka dalam memastikan keselamatan negeri ini terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Semarak Rakyat Bersama Esscom di Muara Beluran, di sini malam tadi.

Turut hadir, Komander Esscom Datuk Hazani Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Esscom Noor Alam Khan dan Penolong Pegawai Daerah Beluran Abdul Rahman Haji Talipuddin.

Ronald berkata rakyat tidak boleh leka dan menyerahkan tanggungjawab menangani masalah keselamatan kepada pasukan keselamatan semata-mata sebaliknya bersama-sama menjaga keselamatan demi kepentingan bersama.

Menurutnya keberkesanan Esscom menjaga keselamatan di jajaran sepanjang 1,700 kilometer dari Tawau hingga ke Kudat perlu diberi pujian dan rakyat sewajarnya memberi kerjasama kepada Esscom secara berterusan.

Beliau berkata kerajaan persekutuan sentiasa memberi keutamaan kepada Sabah khususnya Esscom memberi kelengkapan peralatan demi menjamin keamanan negeri ini.

Terdahulu, Hazani dalam ucapannya berkata generasi muda perlu mempertahankan aspek keselamatan negeri ini demi menjayakan Transformasi Nasional 2050 (TN50) negara.

Katanya hanya dalam tempoh 30 tahun sahaja lagi untuk mencapai sasaran TN50, tanpa keselamatan negara ini, ekonomi negara tidak akan meningkat .

Justeru beliau berkata generasi muda pada masa inilah yang wajar mengambil tanggungjawab bersama menjaga keselamatan dan keamanan negara ini. – BERNAMA

Tags: EsscomSabah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Masyarakat Perlu Sedia Hadapi Revolusi Industri 4.0

Next Post

Tertekan Pedal Minyak Punya Pasal

Related Posts

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post

Tertekan Pedal Minyak Punya Pasal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd