• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh Taman Pelangi Dendam Kongsi Gelap

oleh AK-47
19/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INSIDEN langgar dan bunuh membabitkan seorang lelaki di stesen minyak di Taman Pelangi, Johor Bahru, kelmarin berpunca daripada perebutan melibatkan dua kumpulan kongsi gelap.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, identiti lelaki berusia 30-an itu turut dikenal pasti sebagai ketua kumpulan kongsi gelap.

“Kejadian langgar serta bunuh yang dilakukan itu berpunca daripada perselisihan dan perebutan antara dua kumpulan kongsi gelap, mangsa juga merupakan ketua kumpulan salah satu kongsi gelap.

“Setakat ini polis sedang giat menjejaki keempat-empat suspek dan siasatan mendapati kenderaan BMW berwarna putih yang digunakan dalam kes jenayah ini merupakan kereta curi,” katanya memetik sebuah portal berita akhbar arus perdana.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, kesemua penjenayah terbabit tidak akan terlepas dari polis dan tindakan undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil ke atas kumpulan kongsi gelap manakala langkah pencegahan akan dikenakan kepada pertubuhan yang melanggar Akta Pertubuhan 1966.

“Kita juga sudah mengaktifkan Pasukan Tindakan Khas Antimaksiat, Judi dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman akan bertindak mempergiat operasi mencegah dan membanteras kegiatan ini,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata polis telah mengenal pasti empat suspek yang terbabit dalam kes bunuh berkenaan dan usaha sedang giat dijalankan bagi mengesan dan menahan mereka.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 malam itu, mangsa mati selepas ditikam, dilanggar dan digilis menggunakan sebuah kereta curi jenis BWM 520i bernombor pendaftaran WB 79 L oleh sekumpulan empat lelaki. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Johorkes bunuhZahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal – TMJ

26/11/2025
0

Pulau Pinang Mampu Peroleh Projek LRT Yang Lebih Mahal - TMJ OLEH MYNEWSHUB  JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Duli...

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

19/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau menghormati sepenuhnya segala keputusan yang dibuat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd