• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Kena ‘Twist’, Chef Wan Buat Laporan Polis

oleh
29/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHEF selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra disapa dengan panggilan Chef Wan membuat laporan polis terhadap sebuah portal online, Malaysia Chronicle, baru-baru ini.

Ia melibatkan isu portal berkenaan didakwa memutar belit kenyataan yang dikeluarkan oleh chef tersebut dalam satu entri di laman Instagram miliknya, pada Isnin lalu.

Chef Wan berkata, beliau mengambil tindakan berkenaan kerana artikel tersebut telah merosakkan nama dan juga reputasinya sebagai public figure.

“Baru sahaja selesai membuat laporan polis berkenaan artikel yang memetik (kenyataan) saya dengan salah dan menjejaskan reputasi saya, dalam artikel yang ditulis di Malaysia Chronicle.

“Perkara ini kini di tangan undang-undang. Semoga keadilan dapat ditegakkan,” tulisnya menerusi posting yang menyaksikan gambarnya bersama salinan laporan di hadapan Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Morning.Alhamdulilah semua selesai. After pi report disini, 8mlm kena pi Balai jln Travers pula kena soal siasat oleh inspector. Since its my 1st time baru tahu procedurenya. After all the Q&A, the case is file under case Jenayah and jika benar perbuatan itu yg melakukan kesalahan ini boleh di tangkap i was told semlm. It will take 2 to 3 weeks investigation ini or less. My lawyer pun adviced mau pun Inspector semlm yg penting kita tak cakap bohong, apa yg kita kata kan itu unsur2 nasihat yg baik atau kejadian yg kita perkata kan itu jugak ada saksi2 nya yg tengok or tahu dan kita tak perlu takut segala apa yg kita nak cakap kan as its a matter of our opinion! Unsur nasihat serta cacian dan penghinaan, fitnah dan aniaya kan org2 ini ada bezanya kata my lawyer. Kita nak saman2 orang pun kena ada kes dia yg betul jika tidak buat malu aja dgn diri sendiri! That is why in my x nephew case mau pun my x menantu pun yg ber ia ia nak saman saya itu kerana nak tutup perbuatan masing2 yg tak bertanggung jawab akhirnya yang Ado! Dah terpaksa nak mengaku perbuatan sendiri depan mahkamah Syariah dan anak saya boleh mendapat Cerai itu i rest my case la! All the haters yg speculate mcm2 out there senyap terus membisu di akhirnya org yg berkata jujur juga mendapat keadilan! All this will teached us a lesson that if u want to open out your mouth to defend yourself against anything biar la benda itu betul! Jika kita nak aniaya orang pun jangan la bahan sampah itu jadi fitnah yg boleh aniaya kan orang itu melain kan its nasihat yg baik dan untuk masyarakat. I did all this pun kerana i have to fight for my justice that all this people will have to pay a price and finally learn their lesson! Jika kita berkata jujur tidak apa yg kita nak takut kan. Even anak2 kita pun yg selalu di buli dik mssyarakat pun kita mesti ajar mereka to fight for their rights and have balls to stand on all the good principals supaya kita hidup di hormati masyarakat dan tidak menjadi ikutan2 sampah masyarakat yg berluasa di luar sana hari ini. Insyallah Allah akan membantu setiap manusia yg ingin membuat kebaikan di atas dunia ini dari melakukan kezaliman!

A post shared by chef wan (@chefwan58) on Dec 27, 2017 at 4:43pm PST


Sebelum ini, Malaysia Chronicle telah menyiarkan sebuah artikel mengenai kenyataan Chef Wan yang didakwa telah diputar belit oleh pihak terlibat bertajuk,  ‘All I want for christmas is a new pm: outraged by najib’s senseless attacks on ex-pm, chef wan the latest celebrity to demand change – Look at Tun M, What have they not done to him’. 

Hasil daripada tinjauan, Mynewshub mendapati artikel berkaitan dilihat seolah-olah memutar belit kenyataan Chef Wan berhubung posting memaparkan gambar baju tertera tulisan ‘All I want for Christmas is a new prime minister’ yang disifat sebagai melucukan.

Isnt this so funny la….siapa la punya kerja ni. Dah nak election ni esok entah apa lagi yg pelik2 akan keluar pun. Ohhh yes i was approached both by Orang2 Umno mau pun opposition to go on their various campaign konon satu Kampong nanti dtg nak tengok CW. I said ” La siapa la saya ni hanya tukang masak bukan artist pun. Jika nak bertanding jadi PM tak pe la. Ini setakat nak perguna kan saya masa election ni tak payah la. Gajah dgn gajah nak berperang kita nak tersepit untuk apa? Politics can be such a filthy game. Hari ini org suka kita depa sanjung! Esok just look at Tun M tu apa yg mereka tak luta kan dia? Esok meninggal org tua tu tengok la they all will come back to mohon maaf dan pay their respect dan segalanya. Its too late. Off course masing2 dgn political diff mereka buy why so vicious with hatred dan vengence. I find such behaviour so disgusting. The hippocrisy in manusia ini. Some tak ada princip dah mcm lalang pun ya. So i rejected all offer as i am not into Politics either. I believed as Malaysian we all have the right to vote. Exercise that right wisely enough said! Hak itu no one can take from us. Tak kuasa nak main drama minggu ini pun atau melayan segala filthy game manusia ini. Be honest and do the right thing sudah lah for me. Allah will eventually help us to see everything. Saya percaya kuasa Allah. Sometime dia berdiam…nak tengok sejauh mana tupai2 itu boleh melompat! Tiba masanya akan jatuh ke bumi pun. Politician2 baik Menteri come and go these days. Nasib baik di pilih rakyat u up there la. Esok dah jatuh kebawah tiada siapa yg peduli kita di tepi jalan pun kemungkinan jadi. I used to see alot this particular x Minister of Tourism at many social events. Masa berjawatan punya la berlagak dan sombong. Tapi bila habis election masing2 kena gulung tikar bantal. Pi function terkebil kebil duduk2 one corner siapa pun tak layan. Some of the people i met siap kata lagi.. Tu besar Cilaka yr x Minister of Tourism tu! Saya terkejut who is he talking about ni? Sekali pusing baru nampak si mangkuk berhayun ini! People just snub and ignore him? Hati saya kata la…kesian and i went over to talked to him lagi! Kesian..Allah bayar cash!

A post shared by chef wan (@chefwan58) on Dec 24, 2017 at 7:11pm PST

Dalam pada itu, perkara tersebut turut dikongsi sendiri oleh chef tersebut menerusi tangkap layar (screenshot) yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Rabu lalu.

Finally i found out its Msian Chronicle slandering me. Tu sebab hari ini we should not swollow everything u see on social media, internet etc. All this is what Allah want to exposed alot of our human behaviour that is irresponsible. They do anything to get attention for what ever reason knowing the public are lusting for all this craps. From bloggers to medias u name it. This is exactly what i wanted to show all of u how manupulative we human beings can be or will do including some of our TV stations. We lived in the world of power, wealth, being popular dan mcm2 lagi sampai ramai manusia sanggup mengadai kan negara kita mau pun maruah diri masing2 and let our human values jatuh menjunam. When i went to Penang to filmed for free ” Confuscious was a foodie” to help promote Penang for Canada food Network no body care even to write about it…but the minute i say something positive about penang saya di kecam oleh Pemuda Umno Penang and was given a warning. Why do we always loved to dwell on the negative things instead of trying to highlight something that is good being done in this country? U cant credit others for that ke or we are too ashamed to accept the truth? Anak saya bercerai berkemah la media depan rumah esp those Malay media mau pun kisah GV. Dapat 4 anugerah dlm 2 bulan satu media pun tak mai nak interview pun! I wondered why? Patut la masyarakat pun ramai yg sikap mcm sampah di social media yg menegak kan benang yg basah serta mengata dan menghina manusia lain kerana kita tidak berlaku adil dan sogok kan segala sampah kepada mereka! Yg cerdik dan bertanggung jawab akan nampak segala tipu helah manusia ini atau pun di sebaliknya. Since when to try and educate society and telling the truth is wrong? Solat 5 waktu, baca Al quran, pi ceramah agama, ke Umrah dan menunai kan Haji i thought we would have learned what honesty, kindness, being truthful is all about? Instead we behaved totally the apposite of everything dan menjadi manusia yg talam dua muka. Shame on some of u all out there to not even understand what is going on with our societies today. Kita yg berkata benar dan menasihat kan yg baik2 pulak di salah serti kan mau pun di fitnah kan!

A post shared by chef wan (@chefwan58) on Dec 26, 2017 at 10:06am PST

Sementara itu, laman web Malaysia Chronicle dilaporkan tidak dapat diakses ekoran disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM). – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Chef Wan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Chef Wan Dedah Najib Minta Bantuannya Ketika Bergelar PM

09/07/2019
0

SHAH ALAM - Tokoh Ikon Felda, Datuk Redzuawan Ismail mendedahkan beliau diminta berkongsi pengalaman dan memberi motivasi kepada warga Felda...

Najib Sindir Chef Wan ‘Dirasuk Syaitan’

09/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis menyindir Datuk Redzuawan Ismail bahawa Tokoh Ikon Felda itu telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd