• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Pesawat Singapura Mendarat Di Salah Tempat

oleh
06/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Syarikat penerbangan kebangsaan Singapore Airlines (SIA) menjadi bahan jenaka masyarakat antarabangsa apabila dilaporkan mendarat di salah tempat di India semalam.

Berita lucu tetapi amat memalukan pihak SIA tersebut dilaporkan akhbar berpengaruh Times of India di New Delhi setelah penerbangan SQ422 itu mahu mendarat di sebuah lapangan terbang antarabangsa di Mumbai pagi Isnin.

Juruterbang pesawat dipercayai nyaris mendarat di lapangan terbang Juhu yang biasa digunakan oleh helikopter tempatan dan pesawat kecil walhal ia sepatutnya menuju ke lapangan terbang utama iaitu Chhatrapati Shivaji.

Secara kebetulan jarak antara dua lapangan terbang berkenaan hanya satu kilometer dan insiden kelakar tersebut sempat disedari pengawal bertugas di menara trafik udara Mumbai yang terkejut melihat pergerakan SQ422 itu.

Kejadian dipercayai mungkin berpunca akibat juruterbang salah faham ketika terbang di Laut Arab sebelum menghampiri Mumbai apabila menyangka landasan di Juhu yang mula dilihatnya itu sebagai lokasi pendaratan.

Laporan akhbar itu juga menyatakan bahawa pesawat SIA itu kemudian mujur mengubah laluan penerbangan selepas menyedari kesilapan tersebut dan selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Chhatrapati Shivaji.

Pesawat jenis Airbus A350 Singapura-Mumbai itu mendarat di Landasan 9 pada 10.35 pagi (1.35 petang waktu Malaysia) pada Isnin dengan membawa seramai 245 penumpang dan 14 anak kapal dalam penerbangan tersebut.

Bagaimanapun kenyataan media SIA di sini pada Selasa menafikan juruterbang pesawat tersebut mendarat di lapangan terbang yang salah bahkan menegaskan pendaratan sempat dibatalkan pada sekitar ketinggian 1,000 kaki.

Kekeliruan mungkin disebabkan jarak penglihatan agak rendah tetapi ia masih mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan. Pengawal lalu lintas udara Mumbai kemudian mengarahkan pendaratan di lokasi tepat pada 10.48 pagi.

“Juruterbang SQ442 tidak sekalipun membuat kesilapan dengan menganggap lapangan terbang Juhu sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Chhatrapti Shivaji,” tambah kenyataan itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Singapore AirlinesSingapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TPM Lancar Skuad Penerangan Anak Muda Pemuda UMNO

Next Post

Kadar Tambang Bas Sekolah Dijangka Naik Tahun Depan

Related Posts

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

Malaysia, Singapura Meterai MOU Cegah, Tangani Jenayah Rentas Sempadan

14/11/2024
0

SINGAPURA - Malaysia dan Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Khamis untuk memperhebat usaha membanteras jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan...

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

Aliff Lebih Banyak Luang Masa Berehat Dengan Keluarga Di Singapura

03/07/2024
0

KUALA LUMPUR : Aliff Aziz mengaku lebih banyak meluangkan masa dengan keluarga di Singapura dan berehat sebelum memutuskan untuk kembali...

Next Post

Kadar Tambang Bas Sekolah Dijangka Naik Tahun Depan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd