• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kamal Adli Serik Dengan ‘Janji Palsu’

oleh
30/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENJADI seorang selebriti yang berjaya bukanlah mudah walaupun mereka sudah melibatkan diri dalam dunia seni sejak sekian lama.

Baca: Kamal Tak Mahu Lagi Kena Tempias Kontroversi Murahan

Sebagai pelakon yang tak pernah penat untuk mengejar kejayaan, Kamal Adli turut akui bahawa dia pernah merasai fasa turun naik sebagai anak seni sejak mula bergelar selebriti hampir 10 tahun yang lalu.

“Tipulah, selama sembilan tahun berlakon saya tak melalui fasa-fasa kekecewaan. Tapi saya tak terlalu bercerita, hanya keluarga dan rakan terdekat saja tahu,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Menurut pemilik nama sebenar Ahmad Kamal Ahmad Adli ini, dia pernah diberi ‘janji palsu’ apabila watak yang sepatutnya diberikan kepadanya telah ditawarkan kepada pelakon lain.

Hmm… Kenapa jadi macam tu pula ya? Adakah ianya tawaran bagi sebuah filem ataupun drama televisyen?

“Saya pernah dikecewakan apabila watak yang ingin diberikan hanya janji palsu. Rasa seperti dipermainkan pula.

“Pernah juga saya tolak tawaran lain selama tujuh bulan untuk tunggu tarikh penggambaran yang telah dipersetujui awal namun tidak jadi,” ujarnya lagi yang kini bergelar pelawak apabila memenangi pertandingan Super Spontan 2017 yang lalu.

Bukan itu sahaja, Kamal juga mengakui bahawa demi tawaran yang diberikan itu, dia telah membuat sedikit perubahan terhadap fizikalnya demi tuntutan watak namun semuanya bagaikan menanam tebu di tepi bibir sahaja.

Apa yang lebih menyakitkan lagi ialah watak itu telah diberikan kepada pelakon lain dan akhirnya dia terkontang-kanting selepas menolak beberapa tawaran lakonan yang lain.

“Bayangkan saya pernah disuruh naikkan berat badan dan botakkan kepala untuk memenuhi kehendak satu watak ini. Bila dah buat semua itu, tiba-tiba watak tersebut diberikan kepada orang lain.

“Sudahnya saya tak boleh terima beberapa tawaran lain. Iyalah, bila badan dah naik, kepala pun dah botak, susah nak cari watak yang sesuai,” tambah pelakon dan pengacara yang berusia 31 tahun itu lagi.

Biasalah…setiap yang terjadi pasti ada sebabnya.

Jadi Kamal telah mengambil hal itu sebagai satu ujian baginya dan pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Secara langsung perkara itu telah membuatkan Kamal lebih matang dalam semua perkara yang dilakukannya serta keputusan yang perlu diambil.

“Tapi semua yang berlaku ada hikmah. Allah dah aturkan apa yang terbaik untuk saya.

“Apa yang berlaku itu juga membuatkan saya lebih matang untuk berhati-hati dalam membuat keputusan,” ujarnya lagi yang kini sedang giat mempromosikan produk minyak wangi dibawah jenamanya sendiri, iaitu Signature By Kamal Adli.

Selain itu, Kamal juga telah menjalankan perniagaan dengan rakan kongsinya dengan membuka sebuah kilang bagi membantu memasarkan produk usahawan tempatan.

Tahniah diucapkan kepada Kamal diatas kejayaan yang telah dicapainya sepanjang bergelar anak seni. Teruskan usaha dalam memberikan yang terbaik dalam setiap karya! – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: harapan palsuKamal AdlikecewaMinyak Wangi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

Kamal, Uqasha Sah Bercerai Talak Satu

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada...

Dua Rakan Dipenjara Curi Nescafe, Minyak Wangi

Dua Rakan Dipenjara Curi Nescafe, Minyak Wangi

07/09/2023
0

IPOH: Gara-gara mencuri Nescafe dan minyak wangi di sebuah kedai serbaneka 24 jam, seorang jurujual lelaki dikenakan hukuman penjara 16...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd