• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kakitangan Hospital Semporna Cedera, Ambulans Terbabas

oleh Ahmad Albab
28/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Tiga kakitangan Hospital Semporna cedera apabila ambulans dinaiki mereka bersama seorang doktor terbabas di Kilometer 57 Jalan Tawau-Semporna dekat sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, seorang lelaki iaitu pemandu ambulans berumur 35 tahun patah tulang punggung dan bahu kiri manakala seorang jururawat wanita berusia 27 tahun patah tulang belakang serta luka di kepala.

Tambahnya, seorang penolong pegawai perubatan lelaki berusia 25 tahun turut cedera di dahi dan seorang doktor lelaki bagaimanapun tidak cedera.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu ambulans yang gagal mengawal kenderaan sehingga terbabas dan jatuh ke bawah tebing jalan sebelah kiri (arah menuju ke Semporna).

“Kemalangan berlaku ketika ambulans dinaiki empat staf Hospital Semporna itu sedang dalam perjalanan dari Hospital Tawau menuju ke Semporna,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Fadil berkata semua mangsa dikejarkan ke Hospital Tawau dan ambulans yang kemalangan itu mengalami kerosakan di bahagian kiri kenderaan. – BERNAMA

Tags: Ambulanshospital
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

Dua Wanita Maut Kerana Kerbau Seekor

04/01/2026
0

TANGKAK: Dua wanita disahkan maut dalam satu kemalangan jalan raya tragis melibatkan dua buah kenderaan di KM 33, Jalan Kebun...

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

Pesakit Dakwa Dipukul Dua Doktor Di Hospital

23/12/2025
0

SHIMLA (India): Seorang pesakit lelaki berusia 36 tahun mendakwa menjadi mangsa serangan fizikal oleh dua orang doktor di Indira Gandhi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd