• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kai-Tak Ragut 3 Nyawa, 77,000 Berpindah

oleh Ahmad Albab
17/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Sekurang-kurangnya tiga maut dan puluhan ribu lagi terpaksa meninggalkan kediaman apabila Ribut Tropika, Kai-Tak melanda timur Filipina, lewat Sabtu.

Pihak berkuasa tempatan berkata, ribut itu juga menyebabkan banjir, tanah runtuh dan bekalan elektrik terputus di sekitar Tacloban dekat sini.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan melaporkan, ribut Kai-Tak membawa angin sekuat 110 kilometer sejam melanda pulau Samar, iaitu yang ketiga terbesar di negara itu.

Pihak berkuasa turut melaporkan tiga terkorban, mangsa pertama seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang di lemas di bandar Mahaplag, di Pulau Leyte.

Mangsa kedua seorang wanita yang tertimbus ketika kejadian tanah runtuh dan seorang lagi mangsa jatuh di dalam saluran utama banjir di bandar Ormoc.

Trak tentera dikerah untuk membantu penduduk yang terkandas di Pulau Samar dan Leyte. Setakat ini lebih 77,000 orang sudah dipindahkan ke pusat penempatan sementara. – AFP/BH ONLNE

Tags: Filipinaribut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tangkapan Duterte Telah Menyebabkan Pelbagai Respons Antarabangsa

02/04/2025
0

BEKAS Presiden Filipina, Rodrigo Duterte ditangkap oleh Mahkamah Antarabangsa (ICC) di Hague, di mana beliau akan menghadapi perbicaraan atas dakwaan...

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

Siklon Tropika Trami: Malaysia Hulur Bantuan Kemanusiaan Kepada Filipina

26/10/2024
0

KUALA LUMPUR : Malaysia akan menghulurkan bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina yang sebahagian rakyatnya kini terjejas akibat Siklon Tropika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd