• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurulatih Pecut Negara Dimasukkan Ke HSA

oleh AK-47
26/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata Mohd Poad, 48, kini diberikan rawatan intensif dan ditidurkan mulai pagi tadi bagi memudahkan rawatan di paru-paru serta dada beliau.

“Menurut kata doktor, beliau (Mohd Poad) kritikal tetapi stabil. Sebelum ini, beliau masih boleh bernafas dengan sendiri tetapi disebabkan oksigen yang rendah dalam darah, beliau terpaksa dibantu untuk tingkatkan oksigen dan sedang menunggu untuk dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Doktor sedang memberi rawatan antibiotik bagi mematikan kuman,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Mohd Poad di HSA hari ini.

Ahmad Shapawi berkata pihak HSA sedang memberikan rawatan terbaik terhadap Mohd Poad yang dimasukkan ke hospital itu dua hari lepas.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pelari dan rakyat Malaysia mendoakan supaya kesihatan Mohd Poad kembali pulih.

Menurut Ahmad Shapawi, selain membimbing pemenang pingat emas 100 meter Sukan SEA Khairul Hafiz Jantan, Mohd Poad turut bertanggungjawab melatih beberapa pelapis sukan olahraga itu di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Bandar Penawar di Kota Tinggi dan Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: Datuk Ahmad Shapawi Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kejayaan Atlet Angkat Berat Belum Cukup Yakinkan MSN

06/04/2018
0

KUALA LUMPUR – Kejayaan atlet angkat berat meraih dua pingat emas pada temasya Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia,...

Rekod Maraton Leo Tan Di Tokyo Boleh Diiktiraf

02/03/2018
0

KUALA LUMPUR – Catatan masa 2 jam, 25 minit dan 32 saat oleh atlet maraton negara, Leo Tan Huong Leong,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd