• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jonathan Belum Buat Keputusan Beralih Ke 110M Lari Berpagar

oleh Ahmad Albab
12/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelari pecut negara, Jonathan Nyepa belum membuat keputusan sama ada akan mengambil cabaran dalam acara 110 meter lari berpagar atau kekal bersaing dalam acara 100m dan 200m untuk musim 2018.

Biarpun lebih berminat dengan acara pecut, atlet berusia 21 tahun itu bagaimanapun, berkata beliau menyerahkan keputusan itu kepada jurulatihnya, M. Balamurugan dan Institut Sukan Negara (ISN) jika perlu beralih ke larian berpagar demi kepentingan negara.

“Memang jurulatih saya ada menasihatkan untuk cuba acara 110m lari berpagar, tetapi keputusan mengenai perkara itu belum dibuat. Saya pernah berlari dalam acara berpagar ketika di bangku sekolah, tetapi sudah lama tidak beraksi dalam acara itu,” katanya kepada Bernama.

Balamurugan sebelum ini, dilaporkan berkata Jonathan mempunyai potensi untuk mengambil alih tempat pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Rayzam Shah Wan Sofian sebagai pelari utama acara 110m berpagar.

Atlet berasal dari Belaga, Sarawak itu yang pernah mencatat masa sekitar 15 saat pada kejohanan peringkat sekolah di Sibu pada 2012, bagaimanapun menjelaskan terdapat ramai atlet lain yang berpotensi dalam acara berkenaan.

Sementara itu, Jonathan yang baru sahaja pulih dari kecederaan hamstring yang dialami sejak Kejohanan Olahraga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Oktober lalu, berhasrat merebut tempat dalam kuartet 4x100m untuk menghadapi saingan Sukan Komanwel 2018 pada April dan Sukan Asia pada Ogos tahun depan.

“Pada masa ini, saya sedang mengikuti latihan biasa kerana musim ini sudah tamat. Buat masa ini, belum ada perancangan untuk musim 2018, kecuali Sukan Komanwel dan Asia,” katanya.

Jonathan yang pernah mencatat masa peribadi terbaik 10.28s dalam acara 100m di Terbuka Korea Selatan pada Jun, dan 21.18s untuk 200m pada tahun lalu, merupakan pelari kedua terpantas dalam sejarah Malaysia, di belakang Raja Pecut negara Khairul Hafiz Jantan yang memecahkan rekod kebangsaan dengan masa 10.18s di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak, tahun lepas.

Untuk rekod, pada KL2017 Ogos lalu, Jonathan sekadar di tempat kelima selepas mencatat 10.66s pada peringkat akhir, manakala, Khairul Hafiz muncul juara dengan menewaskan juara bertahan, Eric Cray dari Filipina dengan catatan 10.38s.

Bagi acara 4x100m, skuad negara yang dibarisi Muhammad Haiqal Hanafi, Jonathan, Badrul Hisham Abdul Manap dan Nixson Kennedy berjaya mencatat rekod baharu kebangsaan dengan catatan 39.27s, mengatasi rekod lama 39.62s, walaupun sekadar menamatkan saingan di tempat keempat. – BERNAMA

Tags: Olahraga
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kad Baharu Anggota Parlimen Dilancar 2018

Next Post

Bandaraya Kuching Dicadang Seorang Datuk Bandar

Related Posts

Pingat Emas Rayzam ‘Dirompak’ Akibat Keputusan Berat Sebelah

10/12/2019
0

NEW CLARK CITY - Ketua jurulatih skuad olahraga negara, Mohd Manshahar Abd Jalil mendakwa pingat emas yang sepatutnya dimenangi jaguh...

Andre Anura Lebur Rekod Kebangsaan Berusia 12 Tahun

08/12/2019
0

NEW CLARK CITY - Skuad olahraga negara membuka kempen Sukan SEA ke-30 di Filipina dengan pencapaian sederhana setelah sekadar mengutip...

Next Post

Bandaraya Kuching Dicadang Seorang Datuk Bandar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd