• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jepun Cipta Produk Teh Susu Kelihatan Air Jernih

oleh
23/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Daripada produk aiskrim unik tidak akan cair sehinggalah burger keju berwarna hitam, Jepun memang terkenal dengan snek ringan yang pelik tetapi sedap.

Baru-baru ini pula, satu produk unik pula berjaya dihasilkan iaitu minuman yang agak kelihatan seperti air putih jernih dalam botol mineral tetapi ia sebenarnya merupakan sejenis teh susu.

Pengilang minuman Jepun, Suntory, mengumumkan produk premium terbaharu iaitu Suntory Tennensui keluaran mereka mula dipasarkan pada September lalu, lapor agensi berita tempatan Cnet.

Ini merupakan produk kedua dikeluarkan mereka sepanjang tahun ini selepas April lalu apabila pengilang tersebut berjaya menghasilkan minuman teh limau yang juga langsung tidak ada warna.

Kemunculan minuman ini berjaya membuatkan ramai pembeli mereka kehairanan. Pengilang berpusat di Osaka ini menafikan bahawa mereka sekadar menggunakan perisa buatan.

Untuk menghasilkan air teh yang tidak berwarna ini, syarikat minuman antara tertua di Jepun yang diasaskan sejak 1899 tersebut menggunakan proses penyejatan dan pemeluwapan.

Air dijerang sehingga didih untuk menghasilkan wap air yang kemudian melalui daun-daun teh hitam. Ia kemudian melalui kondenser untuk menjadi sejuk dan dikumpul dalam bentuk air.

Suntory juga menggunakan susu untuk air minuman ini di mana ia hanya menggunakan laktosa dan mineral susu yang memang secara aslinya pun adalah tidak berwarna.

Syarikat tempatan ini dikenali di seluruh dunia kerana membeli bahagian produk minuman firma GlaxoSmithKline dari British pada 2014 untuk mengeluarkan jenama Ribena

Awal bulan lalu, laman Mothership menyatakan bahawa minuman teh susu tanpa warna ini sudah boleh diperoleh di seluruh Singapura. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: jepunteh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

Gempa Bumi Jepun: Tiada Laporan Rakyat Malaysia Terjejas Setakat Ini – Wisma Putra

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiada laporan rakyat Malaysia terjejas dalam gempa bumi bermagnitud 7.5 yang melanda timur laut Jepun pada Isnin, menurut...

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Kuat 7.6 Magnitud Gegar Jepun, Amaran Tsunami Dikeluarkan

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 9 Disember – Jepun hari ini digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud, mencetuskan panik di beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd