• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JAS Pahang Sahkan Sungai Telang Kelihatan Tercemar

oleh Ahmad Albab
25/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Alam sekitar (JAS) Pahang mengesahkan air di Sungai Telang, Kampung Beletik, Lipis kelihatan tercemar dengan warnanya bertukar seakan-akan air lumpur, seperti yang diadu oleh orang awam.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata JAS Pahang telah mengambil sampel air sungai di kawasan berkenaan untuk dianalisis susulan aduan yang diterima oleh beliau menerusi aplikasi WhatsApp pada 12 dan 19 Dis lalu.

Katanya siasatan lanjut JAS Pahang juga mendapati berlaku aktiviti perlombongan di kawasan hutan Simpan Tersang dan usaha sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada lombong terbabit beroperasi secara sah atau tidak.

“Saya memandang serius terhadap pencemaran sungai ini kerana Sungai Telang merupakan sumber utama yang digunakan penduduk kampung untuk kegunaan harian seperti air minuman, mencuci pakaian dan menangkap ikan.

“Oleh demikian, saya telah mengarahkan JAS untuk menggunakan apa juga kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 untuk mengekang pencemaran ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. — LAGI

Sementara itu, Wan Junaidi berkata buat masa ini, arahan pemberhentian kerja serta-merta akan dikeluarkan terhadap operator terbabit bagi membendung pencemaran yang berlaku dan arahan untuk melaksanakan langkah-langkah pemulihan kawasan yang menjadi punca pencemaran sungai juga akan dikeluarkan.

Keengganan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan setiap operator didenda sehingga RM50,000 atau dipenjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, katanya.

“Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap keperluan dan denyut nadi rakyat dalam mengurus pembangunan negara demi mengekalkan sumber asli dan alam sekitar secara lestari,” katanya.

Wan Junaidi berkata JAS Cawangan Cameron Highlands juga telah memanjangkan aduan itu kepada Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Pahang, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang, Pejabat Tanah dan Daerah Lipis serta Pejabat Hutan Daerah Raub untuk tindakan selanjutnya di bawah bidang kuasa agensi masing-masing. – BERNAMA

Tags: JAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JAS Siasat Penemuan 40 Beg Jumbo Bahan Buangan Di Kulim

JAS Siasat Penemuan 40 Beg Jumbo Bahan Buangan Di Kulim

22/06/2024
0

Alor Setar : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan 40 beg jumbo yang disyaki mengandungi bahan...

Sungai Lereh Tercemar Akibat Sisa Kumbahan Ternakan – ADUN

Sungai Lereh Tercemar Akibat Sisa Kumbahan Ternakan – ADUN

19/02/2023
0

MELAKA: Pencemaran Sungai Lereh yang berlaku semalam dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa kumbahan aktiviti penternakan lembu dan kambing. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd