• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Janda Dedah Adi Putra Palsu Sijil Nikah Mereka

oleh
09/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Bekas isteri kedua Datuk Adi Putra, Norshahida Zolkifly membuat laporan polis di sini baru-baru ini, mendakwa pelakon itu pernah buat sijil nikah palsu membabitkan diri mereka.

Ia dilakukan bekas suaminya itu yang juga warga Singapura pada awal Januari lalu untuk memudahkan proses permohonan visa dan bagi menjalankan urusan perniagaan di luar negara.

Norshahida, 34, berkata, dua laporan dibuat di Balai Polis Nilai di sini pada 30 November lalu untuk tindakan lanjut kedutaan negara berkenaan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Menurut wanita tersebut, dia bimbang jika namanya terpalit sama dalam sebarang urusan perniagaan pelakon filem ‘KL Gengster’ itu atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim.

Beliau mendakwa, Adi Putra, 36, mengubah suai sijil nikah milik pelakon itu bersama bekas isteri pertamanya, Zuhaidah Yusof, 42, dengan meletakkan nama Norshahida di sijil nikah tersebut.

“Saya kemudian membuat laporan kerana tidak mahu ada sebarang kaitan dengan beliau dan bimbang jika visa tersebut pula disalah guna untuk tujuan lain,” katanya kepada media di sini hari ini.

Jelasnya, dia bagaimanapun tidak membuat laporan polis sebelum Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memutuskan pernikahan mereka berdua sebagai tidak sah pada Julai lalu.

Ini kerana Norshahida berasa bimbang boleh berlaku pergolakan teruk rumah tangga antara mereka berdua jika pihak mahkamah berkenaan dimaklumkan bahawa sijil nikah itu adalah palsu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Azrul Hisham Mohd. Shaffei ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: ADI PUTRA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Bila Kali Terakhir Kamera Pecah?”- Adi Putra

17/12/2017
0

KALAU sebelum ini, kita digemparkan mengenai kontroversi melibatkan pelakon, Neelofa yang menegur sikap 'biadap' wartawan kerana menerbitkan artikel tidak berasas....

Gelaran ‘Datuk Seri’ Eizlan Pun Kena Kecam!

25/10/2017
0

SUDAH menjadi perkara lazim di Malaysia apabila individu yang banyak berjasa sama ada dalam bidang politik, sukan, hiburan, akademik mahupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd