• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jalan Rosak Bukan Punca Kemalangan Di Lebuh Raya

oleh AK-47
08/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN SERAI – Kemalangan yang berlaku di semua lebuh raya seluruh negara terutama pada musim cuti persekolahan bukan disebabkan faktor jalan rosak sebaliknya sikap pemanduan yang tidak berdisiplin dan berhemah.

Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata pihaknya telah melakukan pelbagai perkara bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kesesakan pada kemuncak cuti persekolahan antaranya menutup lorong tunai dan tidak mengizinkan kenderaan berat menggunakan lebuh raya.

“Namun kemalangan tetap berlaku disebabkan sikap pemandu yang tidak berdisiplin dan berhemah serta ada pemandu yang memandu di bawah pengaruh dadah yang menjadi faktor utama kejadian kemalangan maut sejak kebelakangan ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Program Berkhatan membabitkan 30 kanak-kanak peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol di Dewan Kampung Padang Lalang di sini hari ini.

Noor Azmi berkata demikian sebagai mengulas mengenai insiden bas ekspres dengan sebuah treler dan lori kontena di KM294.7 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat Kampar semalam menyebabkan seorang wanita maut manakala pemandu bas serta 12 penumpang lain cedera ringan. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MP Bagan Serai Umum Tinggalkan UMNO, BN

24/06/2018
0

BAGAN SERAI – Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali membuat kejutan di saat Pemilihan UMNO sedang berlangsung...

Rajin Turun Padang Kekuatan Calon BN Bagan Serai

02/05/2018
0

BAGAN SERAI - Sentiasa turun padang untuk mendekati rakyat di peringkat akar umbi berbanding pembangkang menjadi kekuatan buat calon Barisan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd