• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IMAMS Akur Arahan Kerajaan Batalkan Perkhidmatan

oleh AK-47
19/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Integrated Manasik Monitoring System (IMAMS) akur dengan keputusan kerajaan memberhentikan perkhidmatan Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu (IMAMS) secara serta-merta pada 15 Disember lalu.

IMAMS dalam satu kenyataan berkata, Syarikat itu bagaimanapun akan terus memberi kerjasama kepada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta mana-mana pihak yang terbabit dalam memastikan transisi peralihan kesemua data dan sistem perjalanan umrah berlansung dengan baik dan lancar demi menjaga kepentingan jemaah Malaysia.

“IMAMS yang merupakan satu lonjakan transformasi dalam pengurusan kawal selia umrah di Malaysia adalah sebenarnya sistem terbaik buat masa ini bagi menangani isu-isu penipuan di sepanjang nilai rantaian pengendalian umrah dan memperkasakan aktiviti pemantauan, penyiasatan dan penguatkuasaan pengendalian pakej umrah yang berada di pasaran secara lebih sistematik dan teratur,” kata kenyataan itu hari ini.

IMAMS mendakwa, di samping dapat membantu agensi-agensi pelancongan memberikan perkhidmatan yang lebih efisien, IMAMS juga memberikan manafaat yang tinggi kepada para jemaah umrah kerana IMAMS merupakan satu sistem bersepadu dan satu saluran yang berfungsi 24jam.

Menurut IMAMS, sistem itu berkhidmat bagi menyelesaikan masalah penipuan secara khusus, samada dari segi urusan visa, jadual perjalanan semasa umrah, penginapan, perlindungan insurans dan sebagainya.

“IMAMS sudah pun membuktikan keberkesanannya melalui berberapa sesi percubaan bersama pihak kedutaan dan pengendali pakej umrah Malaysia.

“Malah Sistem IMAMS ini telah diperakui oleh Kedutaan Arab Saudi di Malaysia sebagai yang terbaik di dunia buat masa ini,” kata kenyataan itu lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: IMAMS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Batal IMAMS Tiada Kaitan Dengan Politik – TPM

17/12/2017
0

LANGKAH kerajaan terpaksa membatalkan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi permohonan visa umrah adalah kerana protes serta kemarahan orang...

IMAMS Batal Sebab Lain Dengan Apa Kabinet Bincang

18/12/2017
0

MUKTAMAD... Keputusan kerajaan batal serta-merta sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bukan kerana ada bukan Muslim dalam syarikat dilantik untuk pelaksanaannya....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd