• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imam Jangan Terlibat Ekstremis, Liberalisme – Sultan

oleh Ahmad Albab
13/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menyeru semua imam dan pegawai agama di masjid serta surau di Selangor supaya memastikan tiada dalam kalangan mereka terlibat atau mengajak umat Islam mengikuti fahaman ekstremis mahupun liberalisme.

Titah Sultan Sharafuddin, baginda pernah dimaklumkan bahawa terdapat golongan tertentu dalam kalangan umat Islam yang telah terpesong daripada ajaran Islam sebenar sehingga menganggap pembunuhan yang dilakukan terhadap sesama manusia adalah satu jihad yang dituntut oleh Allah SWT.

“Fahaman dan ikutan sebegini amat berbahaya jika dibiarkan menular dalam kalangan umat Islam kerana ini boleh menyebabkan pembunuhan sesama umat Islam dan perpecahan umat Islam seperti yang berlaku di beberapa buah negara Teluk kebelakangan ini.

“Oleh itu, beta mahu imam-imam dan pegawai-pegawai agama untuk sentiasa memantau kegiatan ekstremis ini agar ia tidak berlaku dan bertapak di negeri Selangor,” titah baginda.

Sultan Selangor bertitah pada Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Ahli-ahli Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi sesi 2018-2020 dan majlis santapan tengah hari bersama 423 imam masjid-masjid Diraja serta masjid di seluruh negeri di Istana Alam Shah di sini.

Untuk tujuan itu juga, baginda menyeru semua imam dan pegawai masjid untuk memastikan penceramah dan ustaz yang memberi ceramah di masjid serta surau di Selangor mendapat tauliah yang sewajarnya sebelum dibenarkan untuk berceramah, selain memantau ceramah mereka supaya tidak menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar dan mengelirukan masyarakat Islam.

“Perkara ini telah selalu beta tegaskan sebelum ini namun masih terdapat imam dan pihak nazir masjid yang masih ingkar serta tidak mematuhi titah beta hingga menyebabkan berlaku ajaran-ajaran dan ceramah-ceramah yang mengelirukan masyarakat Islam berlaku di masjid-masjid dan surau di negeri ini.

“MAIS dan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) sebagai badan agama tertinggi di Selangor perlu sentiasa tegas dalam mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang melanggar titah beta dan melanggar segala peraturan yang telah ditetapkan,” titah Sultan Sharafuddin.

Menyentuh soal pentadbiran JAIS dan jabatan-jabatan di bawahnya, Sultan Selangor bertitah menegaskan supaya mereka memberi ketaatan dan kesetiaan tidak berbelah-bahagi kepada baginda selaku Ketua Agama Islam di negeri itu sepanjang perkhidmatan mereka di Selangor walaupun menerima gaji dan elaun daripada kerajaan Persekutuan.

“Setiap satu dasar berkaitan dengan agama Islam daripada pihak Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) sebagai contohnya isu-isu berkaitan dengan pensijilan halal, zakat, pemakaian sesuatu fatwa dan wakaf yang ingin dilaksanakan di Selangor perlulah merujuk kepada MAIS terlebih dahulu sebagai badan penasihat agama Islam kepada beta sebelum perkara ini diangkat kepada beta untuk dilulus dan dilaksanakan,” titah baginda.

Terdahulu, pada istiadat berkenaan, Sultan Selangor berkenan melantik bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai pengerusi MAIS yang baharu berkuat kuasa 1 Jan 2018, bagi menggantikan Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai pengerusi MAIS sejak tahun 2005. – BERNAMA

Tags: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Terengganu Mulakan Program ‘My Bus’ Tahun Depan

Next Post

Samsung Galaxy S8, S8+ Dan Note8 Merah Jambu

Related Posts

Rakyat Sudah Meluat Dengan Ahli Politik – Sultan Selangor

20/10/2020
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menzahirkan kebimbangan berhubung kemelut politik negara yang dilihat tiada berkesudahan...

Sultan Selangor Berkenan Beli Kasut Emas Khalid Jamlus

14/09/2020
0

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli Kasut Emas milik bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus, pada satu nilai...

Next Post

Samsung Galaxy S8, S8+ Dan Note8 Merah Jambu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd