• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ika Nabella Mohon Maaf Isu ‘Comolot’ Dengan Suami

oleh
06/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HANYA kerana rakaman video secara boomerang yang secara tidak sengaja menampakkan seolah-olah sedang bercumbuan, pelakon Ika Nabella telah dikritik oleh ramai netizen.

“Saya minta maaf kepada mana-mana pihak yang tidak selesa atau rasa geli dengan video tersebut. Kalau anda lihat betul-betul saya bukan cium mulut dengan suami.

“Malah, kami tidak rancang untuk melakukannya. Ia berlaku secara tidak sengaja. Suami nak cium pipi tapi saya toleh terkena bibir. Malah, saya tergelak sebab rasa kelakar,” katanya dipetik mStar Online.

Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim berkata demikian selepas video yang dimuat naik olehnya di akaun Instagram miliknya tular dan menjadi bahan kritikan netizen.

https://www.instagram.com/p/BcNFWoUFprK/?taken-by=ikanabella

Video itu kelihatan seperti mereka sedang bercumbuan, namun jika dilihat secara teliti, jelas kelihatan bahawa suaminya, Muhammad Zaid ingin mencium pipinya sahaja.

Bagi pelakon yang berusia 28 tahun itu, dia sendiri tidak menyangka bahawa video tersebut telah menjadi perhatian netizen seterusnya membuatkan ramai yang tidak senang duduk melihatnya.

Namun, dalam ramai-ramai yang mengkritik, mujur masih ada yang memahami situasi tersebut dan turut memberi komen yang positif serta berasa agak hairan kerana perkara seperti itu tidak seharusnya menjadi isu besar.

“Saya tak sangka video itu boleh jadi tular. Sebab saya kongsi sebab rasakan benda itu kelakar.

“Nasib baik ada juga sesetengah orang yang faham situasi itu dan mereka juga pelik kenapa nak diperbesarkan perkara tersebut,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, Ika masih belum lagi memadam rakaman video tersebut kerana baginya ia merupakan satu situasi yang lucu.

Sebelum ini, pelakon Mia Ahmad yang mencium suaminya, Idzham Tarmizi, selepas pasukan JDT berjaya menundukkan pasukan Kedah dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 yang lalu turut dikecam oleh netizen.

Ini kerana bagi mereka perbuatan mencium itu merupakan satu perkara yang boleh membawa pengaruh ikutan negatif kepada remaja belum berkahwin.

Baca: Netizen Kecam Mia Cium Pipi Suami Atas Padang

Haihh… Makcik bawang betul lah netizen ni. Ada sajalah perkara yang mereka tak puas hati. Itu salah, ini salah. Apa agaknya yang betul di mata mereka ya? – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: bercumbuIka Nabella
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aksi ‘Panas’ Penumpang Grab Bercumbuan Tersebar

29/07/2019
0

KUALA LUMPUR - Sejak semalam tular dalam laman Twitter memaparkan aksi seorang penumpang lelaki bercumbuan dengan seorang wanita di tempat...

Alami Keguguran, Ika Nabella Redha

16/02/2017
0

PELAKON Ika Nabella mendapat berita duka apabila kandungannya yang sudah mencecah dua bulan disahkan gugur tiga hari lalu. Meskipun pahit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd