• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hukuman Kekal Bekas Pembantu Tukang Masak

oleh Ahmad Albab
11/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara enam tahun terhadap seorang bekas pembantu tukang masak kerana memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh dan memiliki gambar serta video berkaitan kumpulan itu, tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan terhadap Rosmizam Che Din selepas menolak rayuan pihak pendakwaan selaku perayu terhadap hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi pada 12 Julai lepas.

Dua panel hakim iaitu Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Kamardin Hashim yang turut bersidang hari ini mendapati rayuan pihak pendakwaan tidak mempunyai merit.

Keputusan sebulat suara itu juga mengekalkan keputusan dibuat hakim Mahkamah Tinggi Datuk Sofian Abd Razak, iaitu penjara enam tahun atas tuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh dan penjara dua tahun kerana memiliki gambar serta video kumpulan berkenaan.

Bagaimanapun, tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara enam tahun kerana mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula tarikh tangkapan pada 15 Julai 2016.

​​​​​​​Rosmizam selaku responden didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas itu melalui aplikasi telegram dalam kumpulan perbualan ‘Gagak Hitam’ atas nama ‘Zam Rosden Di’ dengan menggunakan nombor telefon miliknya di sebuah rumah di Jalan USJ 6/3B, Subang Jaya di sini pada pukul 12.33 tengah malam, 30 Mac 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda atau bolehlah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Rosmizam juga dituduh memiliki item yang berkaitan dengan kumpulan pengganas iaitu 34 keping gambar dan dua video di dalam telefon bimbit miliknya diparkir aras LG, Pasaraya Da’Men, Persiaran Subang Permai, Subang Jaya di sini, pukul 1.30 tengah hari pada 15 Julai 2016.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucuthak mana-mana item berkenaan.

​​Rosmizam yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon mahkamah mengekalkan hukuman penjara terhadapnya kerana dia telah insaf selain ingin memulakan hidup baharu selepas dibebaskan kelak.

Dia yang masih bujang serta tidak mempunyai rekod jenayah lampau dijangka dibebaskan pada 2020.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Azmi Mashud. – BERNAMA

Tags: Daesh
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Pemancing Hilang Selepas Bot Karam

Next Post

Curi Mainan, Jurujual Didenda, Dipenjara

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

Pemimpin Daesh, Abu Al-Hussein Terbunuh Dalam Pertempuran

04/08/2023
0

BEIRUT : Kumpulan militan Daesh mengumumkan kematian pemimpinnya, Abu al-Hussein al-Husseini al-Qurashi yang dilaporkan terbunuh dalam pertempuran di barat laut...

Next Post

Curi Mainan, Jurujual Didenda, Dipenjara

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd