• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan Lebat, Angin Kencang Di Pantai Timur, Johor

oleh Ahmad Albab
30/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berserta angin kencang dijangka berlaku di Pantai Timur dan Johor hingga Isnin ini.

Kawasan yang dijangka terbabit ialah Kota Bharu, Pasir Puteh, Machang, Bachok, Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah di Kelantan, Kuantan, Rompin dan Pekan di Pahang.

Laporan Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) dalam laman webnya turut menjangkakan keadaan itu juga akan berlaku di Terengganu dan Mersing, Johor.

Dijangkakan angin kencang timur laut dengan kelajuan 40-50 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter akan berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan timur Johor turut terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka sehingga Rabu ini.

Sementara itu, ribut petir di perairan Perak dan Sarawak dijangka berterusan sehingga pagi ini.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil. – BH ONLINE

Tags: CuacaHujan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

TN50 Kutip 80,000 Aspirasi Masyarakat

Next Post

3 Penjenayah Geng Samun Maut Ditembak

Related Posts

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

Cuaca Panas, Angin Kencang Diramal Landa Tanah Suci Pada Musim Haji

29/05/2025
0

MAKKAH: Pusat Meteorologi Kebangsaan Arab Saudi meramalkan keadaan cuaca panas hingga sangat panas di kawasan Tanah Suci sepanjang musim haji...

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

Amaran Hujan Berterusan Di 4 Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

05/01/2025
0

KUALA LUMPUR : Amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dikeluarkan pada 1 Januari lalu,...

Next Post

3 Penjenayah Geng Samun Maut Ditembak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd