• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadiah Buat Anak, Siti Nurhaliza Cipta Lagu

oleh AK-47
21/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MENIMANG cahaya mata sulung, sudah pasti membuatkan setiap pasangan suami isteri berasa gembira dan teruja.

Pelbagai cara diguna pakaikan oleh ibu bapa baru ini, sama ada melalui album gambar mahupun akaun media sosial khas untuk dokumentasikan proses pembesaran anak-anak mereka

Tetapi jika anda dari kalangan selebriti, tawaran untuk tampil dengan program jurnal yang menunjukkan perkembangan diri bersama bayi semasa proses kehamilan sehingga fasa berpantang sudah pasti tidak akan ditolak,kan!

Namun buat penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, kelainan yang ditonjolkan adalah melalui fortenya iaitu nyanyian.

Akui penyanyi Cahaya Cinta ini, Siti sudah mempunyai tiga melodi untuk dijadikan lagu istimewa buat anak sulungnya itu.

Khabarnya lagu tersebut sebagai hadiah istimewa buat cahaya matanya nanti.

“Saya ada tiga melodi untuk dipilih dan dijadikan lagu untuk anak saya nanti. Insya-Allah ia akan dirakam dalam masa terdekat sebelum dia lahir.

“Idea datang ketika dalam bilik air di mana saya sering menyanyi-nyanyi dan terfikir apa salahnya buat lagu istimewa untuk bayi ini nanti. Dia boleh dengar bila dia besar,” katanya dipetik mStar Online.

Walaupun sudah mempunyai tiga melodi, penyanyi berusia 38 tahun ini masih belum mempunyai lirik dan tajuk untuk lagu tersebut.

Menurut Siti, tajuk lagu tersebut akan diberikan selepas liriknya nanti siap.

Tambah Siti lagi, dia kini sedang menunggu kebenaran daripada suaminya, Datuk Seri Khalid untuk berkongsikan tentang jantina anaknya itu kepada umum.

“Saya tidak tahu bila masa yang sesuai untuk dedahkan, mungkin bila suami sudah beri ‘green light’ baru saya kongsikan dengan peminat,” katanya lagi.

Mengenai pemilihan nama anaknya pula, Siti menyatakan nama Siti akan diletakkan di depan nama sekiranya anak yang dikandungnya perempuan dan permulaan pangkal huruf A jika anaknya lelaki.

Dengar-dengarnya, Siti kini sedang menunggu masa yang sesuai untuk membuka akaun Instagram buat anaknya itu.

Siti yang kini hamil enam bulan dijangkakan akan melahirkan zuriat sulungnya itu pada Mac 2018.

Dalam pada itu, penyanyi ini akan muncul dengan program percutian keluarga menerusi CTDK-ation yang akan disiarkan bermula 29 Disember ini di saluran Astro Ria. – MYNEWSHUB.CC/SA

Tags: Datuk KDatuk Seri Siti Nurhaliza
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Zahid Beri Pelaburan RM10 Juta, Bukan Pinjaman – Datuk K

Ahmad Zahid Beri Pelaburan RM10 Juta, Bukan Pinjaman – Datuk K

21/08/2023
0

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin bahawa dana RM10...

Nama Datuk K Antara Disebut Dalam Perbicaraan Zahid

12/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Datuk Wasi Khan @ Wasiyu Zama Ishar Ahmad, 50, menyatakan pada Mahkamah Tinggi hari ini, beliau pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd