• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Palestin Tampar Askar Israel Ditahan

oleh Ahmad Albab
20/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAITULMAQDIS – Tentera Israel semalam menahan seorang remaja Palestin selepas videonya menampar askar rejim itu di Tebing Barat, tular di Internet.

Video itu yang dipercayai diambil Jumaat lalu menunjukkan dua remaja perempuan mendekati dua askar Israel sebelum menyerang, menendang dan menampar mereka sambil merakamnya menggunakan telefon bimbit.

Kejadian dipercayai berlaku berhampiran rumah seorang daripada remaja itu yang dikenali sebagai Ahed Tamimi, 17, di kampung Nabi Saleh di Tebing Barat.

Semalam tentera Israel menyerbu rumah Ahed dan menahannya, kata bapanya, Bassem, selain turut merampas telefon bimbit, komputer dan peralatan elektronik lain.

“Mereka tidak menyatakan sebab anak saya ditahan,” kata Bassem.

Keluarga Ahed adalah aktivis yang kuat menentang penjajahan tentera rejim itu di Tebing Barat.

Sekeping gambar Ahed ketika kecil menggigit tangan askar yang cuba menangkap abangnya menjadi imej simbolik penentangan terhadap Israel.

Seorang ahli keluarganya, Mohammed dilaporkan dirawat di sebuah hospital selepas ditembak di kepala dengan peluru getah Jumaat lalu. – AFP/myMetro Online

Tags: gadisTentera Israel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MALBATT Boleh Serang Balas Tentera Israel Jika Kedudukan Diancam – Khaled Nordin

MALBATT Boleh Serang Balas Tentera Israel Jika Kedudukan Diancam – Khaled Nordin

17/10/2024
0

KUALA LUMPUR: Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-11 di Lubnan boleh membuat serangan balas terhadap tentera Israel sekiranya kedudukan mereka diancam....

Tentera Israel Mulakan Operasi Di Hospital Al-Shifa

Tentera Israel Mulakan Operasi Di Hospital Al-Shifa

18/03/2024
0

BAITULMAQDIS : Tentera Israel memaklumkan satu operasi sedang dijalankan di hospital Al-Shifa, Gaza, dengan mendakwa kompleks itu digunakan oleh pejuang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd