• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Forex BNM: PDRM Tubuh Pasukan Khas

oleh AK-47
04/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia telah menubuhkan satu pasukan khas bagi melakukan siasatan lanjut berhubung kerugian urus niaga forex Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1990-an.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pasukan yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Amar Singh Ishar Singh itu ditubuhkan semalam sejurus laporan polis berhubung perkara berkenaan diterima.

“Kita telah menerima laporan itu dan akan menyiasat perkara ini dari semua sudut.

“Setakat ini, pasukan khas telah ditubuhkan bagi meneliti kes ini… beri kami masa,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Ditanya sama ada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan ketika itu akan dipanggil untuk diambil keterangan, beliau berkata mereka akan dipanggil sekiranya perlu.

“Siasatan masih baru diambil alih Bukit Aman…jangan buat sebarang andaian. Mereka akan dipanggil berdasarkan keputusan siasatan yang kita lakukan,” katanya.

Semalam, Setiausaha Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing Bank Negara Malaysia pada 1990-an Datuk Dr. Yusof Ismail membuat laporan polis berdasarkan syor dan rumusan RCI mengenai kemungkinan berlaku pecah amanah dan penipuan dalam skandal berkenaan.

Yusof dilaporkan berkata laporan itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan rasmi ke atas kesalahan pecah amanah, jenayah dan penipuan serta lain-lain kesalahan yang mungkin telah dilakukan oleh pihak yang dinyatakan dalam laporan suruhanjaya tersebut.

Laporan setebal 400 muka surat itu dibentangkan di Parlimen semalam. – BERNAMA

Tags: forex
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tumpaskan Sindiket Penipuan Pelaburan Forex Dan kripto

Polis Tumpaskan Sindiket Penipuan Pelaburan Forex Dan kripto

24/05/2024
0

Kuala Lumpur : Polis menumpaskan sindiket penipuan pelaburan Forex GHC dan kripto dengan penahanan 10 individu termasuk dalangnya berusia 43...

Addy Kanna, Alvin Terlibat Macau Scam, Judi Online

21/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Polis mendedahkan sindiket yang didalangi Addy Kanna terlibat dalam kes penipuan Macau Scam, judi online dan penipuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd