• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fenomena Supermoon Terakhir Pada 2017

oleh
04/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Fenomena Supermoon atau dirujuk sebagai perigee iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan Bumi yang terakhir pada tahun ini dapat disaksikan petang Isnin di Malaysia.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) di Amerika Syarikat berkata, imej bulan itu akan kelihatan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang ketika ia berada berhampiran dengan Bumi.

“Masa untuk menyaksikan Supermoon bermula pukul 08:45 GMT pada 4 Disember (4.45 petang waktu Malaysia) ketika bulan berada pada jarak 357,492 kilometer dari Bumi,” menurut kenyataan diterbitkan NASA semalam.

Bagaimanapun, pakar NASA, Lyle Tavernier turut mengingatkan bahawa walaupun bulan berada pada kedudukan paling hampir dengan Bumi, ia mungkin tidak kelihatan sebesar yang disangkakan oleh kebanyakan pihak.

“Perlu diingat bahawa peningkatan dalam saiz yang jelas boleh diliputi dengan tangan tidak akan menjadikannya kelihatan lebih besar. Membandingkan Supermoon dengan bulan penuh biasa adalah sesuatu yang sukar,” katanya.

Kali terakhir bulan dekat dengan Bumi ialah pada 14 November 2016 lalu apabila berada hanya 356,511 kilometer iaitu jarak paling hampir dalam tempoh tujuh dekad selepas kali terakhir pernah direkodkan sejak 26 Januari 1948.

Tahun ini fenomena Supermoon skala kecil turut dapat disaksikan di seluruh dunia pada 24 Jun lalu dan saintis astronomi global meramalkan keadaan sebegini cuma akan muncul semula pada 25 November 2034 kelak.

Situasi alam semesta tersebut berlaku apabila pergerakan orbit bulan berada pada kedudukan perigee iaitu ketika tempoh fasa purnama menyebabkan saiznya kelihatan seolah-olah lebih besar daripada keadaan normal.

Namun saiz fizikal bulan berkenaan sebenarnya langsung tidak berubah sama sekali dan ia dijangka memberi kesan langsung kepada keadaan pasang surut ketinggian ombak di laut selain mempengaruhi cuaca semasa.

Bulan ialah satelit semula jadi dengan hanya bersaiz satu per empat daripada saiz Bumi dan beredar mengelilingi Bumi lengkap satu pusingan setiap 27.3 hari, pada jarak purata 384,400 kilometer di bawah tarikan graviti Bumi.

Ia tiada sumber cahaya kecuali hasil pantulan cahaya matahari. Bulan memiliki 1/4 garis pusat Bumi bersamaan dengan 3,476 kilometer manakala kekuatan gravitinya cuma 1/6 berbanding Bumi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: NASAsupermoon
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: “Kes Pukul Perempuan, Tolong Viralkan”

Next Post

BN Amal Dasar Terbuka Dengan Mahasiswa

Related Posts

NASA Lakar Sejarah Terbang Paling Hampir Kepada Matahari

NASA Lakar Sejarah Terbang Paling Hampir Kepada Matahari

25/12/2024
0

WASHINGTON: Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah semalam apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari....

Suntikan Polio Untuk 4 Juta Kanak-kanak

Lubang Besar 20 Kali Ganda Saiz Bumi Dikesan Pada Matahari

30/03/2023
0

WASHINGTON: Sebuah lubang besar 20 kali lebih besar daripada Bumi dikesan pada matahari yang merupakan kemunculan lubang kedua dalam tempoh...

Next Post

BN Amal Dasar Terbuka Dengan Mahasiswa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd