• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fathia Belum Lagi Layak Tahap Primadona – Azwan

oleh
14/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIAPA tidak kenal dengan pengacara popular, Azwan Ali yang sememangnya tidak pernah sunyi daripada mencetuskan kontroversi.

Baru-baru ini, pengacara yang terkenal dengan gelaran Diva AA ini dilihat memberi nasihat kepada pelakon muda, Fathia Latiff yang dianggap masih ‘hijau’ dan belum sampai ke tahap yang ‘layak’ untuk dia menyuarakan pendapat.

Ini terutama mengenai situasi politik negara. Menurut Azwan, tidak salah untuk seorang selebriti itu melontarkan kata-kata pendapat mahupun bersuara, namun biarlah berpada-pada.

“Dia (Fathia) siapa? Siapa pelakon Malaysia yang hebat? (Contohnya) Erra Fazira lah. Ini Erra Fazira yang primadona itu pun diam saja.

“Saya bukan dengki dengan dia tapi bukan masa dia nak bercakap, dia budak baru sangat. Ke dia nak cari populariti?,” katanya dipetik mStar Online.

Dalam pada itu, Azwan sempat juga menasihati Fathia yang disifatkan ‘masih hingusan’ itu agar lebih menumpukan fokus terhadap kerjaya lakonan berbanding ‘menyalak’ berkaitan politik.

“Itulah kau dik, bak kata Dira pergi belajar berlakon kan? Kau sibuk nak perjuangkan politik. Lepas itu kau meroyan bising dapat peluru. Pergi buat Bigo Live lah bahagian dua,” sindir Azwan.

Azwan berkata demikian bagi menyindir kenyataan Fathia sebelum ini mendakwa ada individu tidak dikenali bertindak membaling rantai dan mengugut untuk mencederakan dirinya tanpa sebarang sebab yang pasti.

Terdahulu, Exco Puteri UMNO dan pelakon, Dira Abu Zahar turut menyelar Fathia dalam ucapannya sewaktu Perhimpunan Agung UMNO ke-71 yang berlangsung di PWTC, pada Rabu minggu lalu.

Fathia Latiff

“Kalau betul nak cerita tentang hak rakyat atau keluh kesah rakyat, turun padang macam Puteri Umno. Setakat pegang telefon, picit-picit…tulis, taip…tak payah.

“Dia boleh duduk diam-diam betulkan lakonan dia dulu, hidup dia dulu. Tak payah sibuk dengan hal kerajaan,” kata Dira.

BACA : Dira Pun Perli Fathia, ‘Turun Padang Bukan Picit Butang’

Selain Dira, Wakil Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenom, Jamawi Jaafar juga memerli perangai Fathia, yang diketahui cenderung pembangkang; ketika membahaskan usul ekonomi.

BACA : Jamawi Pula Sindir Fathia, Sheila Majid Isu Ekonomi

Fathia… Fathia… Dah-dah la tu dik, jangan tunjuk sangat kebodohan diri tu. Nanti makan diri pula! – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Azwan AliFathia Latif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azwan Ali Umum ‘Bersara’, Tak Bertanding PRN Sebab Kecewa

Azwan Ali Umum ‘Bersara’, Tak Bertanding PRN Sebab Kecewa

29/07/2023
0

PETALING JAYA : Sering muncul dalam beberapa siri pilihan raya atas tiket bebas, selebriti kontroversi, Azwan Ali mengumumkan sudah ‘bersara’...

PRU-15 : Azwan Ali Bertanding Di Parlimen Gombak

PRU-15 : Azwan Ali Bertanding Di Parlimen Gombak

04/11/2022
0

Kuala Lumpur : Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA mengesahkan bertanding atas tiket calon Bebas kerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd