• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ejen Pyongyang Jual Senjata Di Australia

oleh Ahmad Albab
18/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELBOURNE – Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai berurusan di pasaran gelap untuk menjual komponen peluru berpandu serta arang bagi pihak Korea Utara dalam tuduhan pertama seumpamanya membabitkan penjualan senjata pemusnah besar-besaran di Australia.

Lelaki dari Sydney itu dikenal pasti Australian Broadcasting Corporation dan media tempatan lain sebagai Chan Han Choi, 59, lelaki berketurunan Korea yang tinggal di Australia sejak lebih 30 tahun lalu.

Chan yang ditahan kelmarin dilaporkan di bawah pemerhatian pihak berkuasa sejak awal tahun ini, kata Polis Persekutuan Australia (AFP).

Asisten Komisioner AFP, Neil Gaughan berkata: “Lelaki ini ejen yang setia kepada Korea Utara dan tindakannya semata-mata atas tujuan patriotik.

“Ini kali pertama kes seumpamanya di Australia.”

Katanya, pihaknya percaya lelaki itu cuba menjadi broker untuk penjualan komponen peluru berpandu termasuk perisian untuk sistem panduan peluru berpandu balistik, selain cuba menjual arang kepada pihak ketiga di Indonesia dan Vietnam.

Menurutnya, urus niaga itu mampu membawa keuntungan ‘puluhan juta dolar’ jika berjaya dilaksanakan.

“Lelaki itu juga berhubungan dengan pegawai kanan Korea Utara, tetapi tiada komponen peluru berpandu yang tiba di Australia. Kami juga tidak menemui bukti pembabitan pegawai kanan di Indonesia atau Vietnam dalam penjualan arang berkenaan.

“Semuanya dilakukan di pasaran gelap. Kami percaya semua aktiviti dilakukan sebagai satu lagi cubaan untuk meniagakan barangan dan perkhidmatan sebagai cara meningkatkan pendapatan kerajaan Korea Utara,” katanya. – Reuters/myMetro Online

Tags: Korea Utarasenjata
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tular Suspek Kes Bunuh Ditahan Tidak Tepat

Next Post

Jose Mourinho Beri Sebab Tak Rai Gol Lukaku

Related Posts

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

UK ‘Bantu’ Keluar Senjata Di Ukraine

02/03/2025
0

ISTANBUL - Ukraine dan United Kingdom (UK) menandatangani perjanjian pinjaman yang akan "ditujukan ke arah pengeluaran senjata di Ukraine," kata...

Korea Utara Lancar 190 Belon Sampah Ke Korea Selatan

Korea Utara Lancar 190 Belon Sampah Ke Korea Selatan

07/09/2024
0

SEOUL : Korea Utara melancarkan kira-kira 190 belon yang dipenuhi kertas dan sisa lain ke arah Korea Selatan dan kebanyakannya...

Next Post

Jose Mourinho Beri Sebab Tak Rai Gol Lukaku

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd