• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Bot Pukat Rawa, Lapan Nelayan Ditahan

oleh Ahmad Albab
07/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 3 menahan dua bot pukat rawa sorong dan lapan nelayan tempatan, termasuk empat daripadanya terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam dua operasi berasingan, semalam.

Pengarah Maritim Daerah Kapten Maritim Wan Mat Wan Abdullah berkata kedua-dua bot dan lapan nelayan itu ditahan di dua lokasi berasingan di Pulau Pasir Hitam, Taiping, dan Pulau Pangkor.

Beliau berkata dua bot pukat rawa sorong ditahan ketika sedang menangkap ikan antara 2.30 hingga 9.10 pagi kira-kira satu batu nautika dari selatan Pulau Pasir Hitam.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut tidak mempunyai nombor pendaftaran selain tiada lesen menangkap ikan yang sah.

“Bagaimanapun dua tekong dan dua awak-awak warga tempatan berumur antara 14 dan 23 tahun dilepaskan dengan ikat jamin polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985.

Sementara itu, Wan Mat berkata dalam operasi berasingan, empat nelayan tempatan ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah kira-kira dua batu nautika Timur Laut Pulau Pangkor, di sini pada 9 pagi semalam.

Katanya, Kapal Maritim Tugau menahan kesemua nelayan tersebut selepas ujian awal saringan air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah sebelum menyerahkan mereka kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Tags: APMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd