• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Awang Import Baharu Lengkapkan Senarai TFC II

oleh Ahmad Albab
31/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kemasukan dua pemain import Andrew Jean-Baptiste dan Sébastien Thurière dalam Terengganu Football Club II (TFC II) hari ini melengkapkan kuota empat orang pemain import pasukan berkenaan.

Ketua Jurulatih TFC II, Mustaffa Kamal Abd Wahab berkata kemasukan dua pemain kebangsaan berasal dari Haiti itu akan memantapkan lagi pasukan bimbingannya dalam meneruskan musim baharu Liga Perdana nanti.

“Kita akan memanfaatkan kemasukan Andrew dan Sébastien ke dalam pasukan dalam memastikan sasaran kita ke kelompok lima terbaik liga musim hadapan…itu harapan kita.

Walaupun berperanan sebagai pasukan pelapis, kita akan tetap bermain habis-habisan kerana dalam Liga Perdana musim hadapan juga ada pasukan pasukan yang bukan calang-calang seperti pasukan Sabah, Sarawak dan Felda United yang bakal menambah saingan dalam musim baru ini,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sebelum ini, TFC II telah menandatangani kontrak selama satu musim dengan dua pemain import iaitu Bruno Junichi Suzuki Castanheira dari Brazil dan Akanni-Sunday Wasiu, pemain Nigeria dari UiTM FC.

Mustaffa turut mengulas tentang Challenge Cup yang bakal diperkenalkan oleh Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2018.

“Setakat ini Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak menyasarkan kedudukan mana yang harus dicapai tapi sudah tentu pihak kami ingin yang terbaik.

Apa yang penting, kita harus pastikan sasaran kelompok lima terbaik dalam Liga Perdana 2018 tercapai kerana itu adalah kayu ukur pasukan pada musim hadapan,” katanya.

Challenge Cup dicadangkan dengan tujuan memastikan pasukan yang gagal melayakkan diri ke saingan Piala Malaysia dapat bertanding sepanjang musim dan memberi satu perkembangan positif kepada pasukan terlibat. – BERNAMA

Tags: TFC II
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saham Tengku Hazman Melonjak, Sulaiman Serah Nasib

16/10/2018
0

KUALA TERENGGANU - Selepas membantu Terengganu FC II (TFC II) menjulang trofi sulung Piala Cabaran musim ini, pengendalinya, Tengku Hazman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd