• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didakwa ‘Terpesong’ Agama, Aeril Mohon Maaf

oleh
17/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BARU-BARU ini nama pelakon, Aeril Zafrel tercalar apabila dikecam dek kerana anaknya, Hayla Maghfiratul Adzkiya bergambar dengan pokok Krismas dianggap terpesong daripada landasan agama.

Susulan perkara itu, pemilik nama sebenar Suhairil Sunari tampil memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung apa yang telah terjadi.

Permohonan maaf itu telah dibuat secara terbuka menerusi salah satu entri di laman Instagram miliknya.

Menurut permohonan maaf itu lagi, Aeril berkata pokok berkenaan bukanlah berada di rumah seperti yang didakwa segelintir pihak. Sebaliknya ia hanya dijumpai di hotel di mana tempat penginapan mereka.

“Saya minta maaf ya. Kalau disebabkan gambar anak saya bergambar dengan pokok krismas ini boleh terpesong dari agama.

“Untuk pengetahuan pokok Krismas itu bukan kat rumah saya. Pokok itu kami jumpa kat hotel tempat kami duduk,” kata Aeril menerusi posting tersebut.

Pendedahan Aeril itu secara tidak langsung telah menjawab segala spekulasi sekaligus melenyapkan segala tanggapan negatif segelintir pihak mengatakan keluarganya terpesong daripada akidah.

Terdahulu, pelakon berusia 29 tahun ini mendapat perhatian selepas memuat naik foto yang memaparkan anaknya bergambar dengan pokok krismas.

Perkongsian terbuka beliau yang mendapat perhatian itu secara tidak langsung menerima komen negatif daripada segelintir netizen.

Bagaimanapun, komen negatif itu bukanlah datang daripada majoriti sebaliknya masih ramai pengikut laman sosial yang menyelar individu berkenaan.

Hmmm… Bergambar dengan pokok pun dikatanya terpesong? Inilah masalah orang sekarang suka sangat menghukum dengan alasan yang tak masuk akal! – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Aeril ZafrelWawa Zainal
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kerajaan Jamin Terus Bantu SJKC Di Sarawak

Next Post

Video: Sanggup Jadi Perempuan Untuk Mencuri

Related Posts

Aeril Zafrel Dikritik Kongsi Foto Bogel Bagi Menafikan Dirinya

18/09/2018
0

TINDAKAN Aeril Zafrel memuat naik foto bogel yang dikaitkan denganya di Instagram sendiri mendapat kritikian netizen. Segelintir mereka berpendapat perkara...

Bukan Sengaja Nak Tayang Bahagia – Aeril Zafrel

09/08/2018
0

PELAKON Aeril Zafrel menjelaskan tindakan dia memuat naik foto dan video kemesraan bersama isteri di laman sosial Instagram adalah sekadar...

Next Post

Video: Sanggup Jadi Perempuan Untuk Mencuri

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd