• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Didakwa Sindir Fattah, Shila Amzah ‘Back Up’ Jihan

oleh
18/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA hari lalu pengacara terkenal, Jihan Muse meluahkan rasa ‘tidak puas hatinya’ di media sosial yang dikatakan gara-gara kegagalan aktor Fattah Amin untuk muncul di program MeleTOP baru-baru ini.

Ekoran luahan perasaan yang dimuat naik menerusi Twitter itu, Jihan dilihat menerima banyak cemuhan dan kritikan negatif terutamanya daripada peminat fanatik figura kacak berkenaan.

Tahniah! Jihan Muse Kini Hamil 4 Bulan
Pengacara Popular, Jihan Muse.

Baca: “Kipas B***** Dapat Apa?” – Jihan Sindir Fattah Amin?

Bagi menjernihkan keadaan berkenaan, pelantun lagu Patah Seribu, Shila Amzah dilihat tampil bagi membersihkan nama rakan baik yang sudah tercalar dek dakwaan tidak berasas itu.

Shila menerusi perkongsian di Insta story miliknya memberitahu tweet berkenaan sama sekali tidak ada kaitan dengan Fattah.

Sebaliknya, ‘hero’ yang dimaksudkan oleh Jihan adalah individu yang pernah bekerja dengan pengacara berkenaan dan sekali lagi menegaskan orang itu bukanlah Fattah.

Screenshot Insta Story milik penyanyi, Shila Hamzah.

Dalam pada itu, Shila turut meminta agar netizen supaya berhenti daripada terus mengeruhkan keadaan dengan dengan spekulasi yang tidak sepatutnya.

Penyanyi yang berasal daripada ibu kota ini berkata demikian dalam posting berkenaan bagi memberi pencerahan berhubung spekulasi yang melanda Jihan.

Bagaimanapun, nampaknya Jihan sendiri dilihat telah mengaku bahawa kenyataan itu sememangnya tidak ditujukan kepada Fattah seperti mana yang didakwa oleh segelintir pihak menerusi satu lagi posting yang berlainan.

Menerusi posting berkenaan, secara berseloroh pengacara berkata tweet itu untuk individu lain dan mengakui kesal dan tertekan terhadap kritikan netizen yang suka membuat tuduhan melulu.

Screenshot Tweet milik pengacara, Jihan Muse.

Haaa… Diharapkan dengan kenyataan yang keluar daripada mulut Shila dan Jihan ini dapat menjawab segala persoalan makcik-makcik bawang diluar sana ya! – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: jihan museShila Amzah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jihan Rangkul Anugerah Persembahan Komedi Terbaik

09/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara, Jihan Muse berjaya merangkul Anugerah Persembahan Komedi Terbaik di Asian Academy Creative Awards (AACA)...

Jihan Menang Anugerah Persembahan Komedi Terbaik Asia

22/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelawak dan pengacara, Jihan Muse dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Persembahan Komedi Terbaik di Anugerah Kreatif Akademi Asia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd