• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Detik Terakhir ‘Daredevil’ Dari China Sebelum Maut

oleh AK-47
19/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LELAKI ‘daredevil’ yang gemar melakukan aksi merbahaya tanpa peralatan keselamatan yang sebelum ini dilaporkan telah meninggal dunia, rupanya-rupanya mati akibat terjatuh.

Lapor Dailymail, Wu Yongning, 26, maut selepas terlepas pegangan dari sebuah pencakar langit setinggi 62 tingkat.

Sebelum terlepas pegangan, Yongning dirakam melakukan ‘pull-ups’ di sisi bahaya bangunan Huayuan International Centre berkenaan.

Yongning seterusnya terjatuh sejauh 45 kaki ke bawah dan terhempas di sebuah balkoni.

Kematian dirakam oleh Yongning sendiri yang sebelum itu meletakkan kamera di satu sudut bangunan berkenaan.

Difahamkan, aksi lagak ngeri itu dilakukan sebagai menyahut cabaran demi memenangi sejumlah wang bernilai 100,000 yuan (RM61,582.48).

Wu sebelum itu sememangnya terkenal dengan video dramatik berdurasi pendek memaparkan dia ‘bertenggek’ di atas bangunan tinggi tanpa menggunakan sebarang peralatan keselamatan.

Namun, pengikut mula tertanya-tanya apabila dia berhenti mengemas kini laman sosialnya itu sejak November.

Menurut seorang ahli keluarga yang memberi kenyataan kepada media tempatan, Wu menyahut cabaran itu kerana memerlukan wang tersebut untuk perkahwinannya dan ibunya yang sedang sakit.

“Dia sebenarnya mahu melamar kekasihnya sehari selepas hari kejadian, namun hajatnya tidak kesampaian,” kata seorang ahli keluarganya.

Sebelum ini, walaupun memaparkan aksi berbahaya di laman media sosialnya, Wu tetap memberi amaran agar penonton tidak meniru aksi berbahaya tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ChinamautSukan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

11/12/2025
0

Machang: Seorang anggota tentera maut manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd