• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

De Paula Buru Kejayaan Lebih Besar Bersama KL Musim Depan

oleh AK-47
27/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyerang handalan Kuala Lumpur, Guilherme de Paula berazam mendapatkan lebih banyak gol untuk pasukan itu pada kejohanan bola sepak Liga Super musim depan.

Pemain Brazil berusia 31 tahun itu, yang menjaringkan 27 gol untuk meraih anugerah Kasut Emas pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan baru-baru ini, yakin dapat mencapai sasaran itu dengan kehadiran dua lagi pemain Brazil dalam pasukan berkenaan.

Kuala Lumpur, yang juga dikenali sebagai ‘The Hawks’, telah mendapatkan khidmat bekas pemain Selangor Junior Aparecido serta pemain tengah Sarawak Paulo Josue, selain beberapa bekas pemain kebangsaan seperti Indra Putra Mahayuddin dari Kelantan dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak dari Perak untuk menghadapi saingan pada musim depan.

“Saya berharap dapat meneruskan prestasi cemerlang dengan Kuala Lumpur pada musim depan dan membantu pasukan ini mencapai kedudukan lebih baik, walaupun cabarannya tentu lebih sengit berbanding dalam Liga Premier,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mengulas tentang anugerah Kasut Emas yang dimenanginya, de Paula, yang pernah bermain untuk Selangor dan PDRM, berkata dia mendedikasikan trofi itu kepada keluarganya, rakan sepasukan dan pihak pengurusan yang banyak menyokongnya.

Penyerang handalan ini pernah menjulang Piala Malaysia ketika beraksi untuk Selangor pada 2015 dan mengemudi Kuala Lumpur menjuarai Liga Premier musim ini, sekali gus melayakkan pasukan itu beraksi dalam Liga Super tahun depan. – BERNAMA

Tags: Guilherme de Paula
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDTkah Yang Salah?

13/06/2021
0

MELAMPAU sungguh jika kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) cuba dipersalahkan disebalik prestasi hambar Harimau Malaya pada Kelayakan Piala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd