• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Coklat Najib’ Popular Sold Out Di PAU 2017

oleh AK-47
07/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LARIS… Coklat mini bersaiz poket memaparkan imej bekas Presiden UMNO dan barisan perdana menteri antara produk jualan yang mencuri tumpuan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017.

Coklat bar jenama Ryverra & Confectionery itu ditawarkan dengan enam wajah pemimpin negara dengan keunikan setiap daripada satu jenisnya dikatakan mempunyai perisa tersendiri yang berbeza.

Bagi wakil syarikat, Norshiah Ahiddin, 29, coklat bertemakan kepimpinan itu diperkenalkan bagi menerapkan semangat cinta dan sentiasa hormati bekas-bekas pemimpin negara.

“Setiap bungkusan coklat yang memaparkan wajah keenam-enam pemimpin negara kita sejak zaman merdeka sehingga kini itu mempunyai perisa yang jelas berbeza.

“Contohnya, bungkusan yang memaparkan wajah Pak Lah ada perisa berasaskan kismis, Tun Abdul Razak pula hazelnut dan Datuk Seri Najib Tun Razak ‘original,” katanya kepada Mynewshub hari ini.

Menurutnya lagi, konsep yang diketengahkan menerusi coklat bar ini menggabungkan paparan tarikh durasi jawatan yang disandang oleh setiap presiden UMNO.

Ini sekali gus menarik minat golongan kanak-kanak untuk lebih mengenali bekas pemimpin daripada zaman Tunku Abdul Rahman pada 1957 sehingga era Najib sejak 2009.

Ditanya mengenai sambutan pengunjung, Norshiah menjelaskan coklat yang memaparkan wajah Najib adalah paling laris dan amat dicari pengunjung khasnya perwakilan parti.

“Sepanjang tiga hari berlangsung PAU, coklat ‘berperisa’ Najib paling cepat sold out, kita pun tak sangka ia dapat sambutan luar jangkaan,” katanya yang turut mengatakan lebih 1,000 unit telah habis dijual.

Sementara itu wajah coklat ‘Mahathir’ yang kini berpaling tadah menyertai blok pembangkang pula menurutnya turut mendapat sambutan namun ia tidak sehebat coklat berwajah perdana menteri terkini.

Sepaket coklat berkenaan dijual pada harga RM3, namun untuk PAU 2017, pengguna boleh mendapatkan harga keenam-enam coklat berkenaan dengan hanya RM10.

Turut dijual secara ekslusif set bungkusan coklat yang bermotifkan bendera dan logo parti. Dengan pembelian dua set akan diberikan percuma sebuah lagi set coklat.

“Set istimewa ini harga kebiasaanya adalah RM15, tapi untuk perhimpunan kali ini, kita buat promosi beli dua set dapat percuma satu lagi set coklat,” katanya.

Pengunjung boleh mendapatkan coklat ‘pemimpin UMNO’ ini di ruangan jualan aras tiga di gerai 114, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). – MYNEWSHUB.CC

Tags: PAU 2016PAU 2017Perhimpunan Agung UMNOUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN –  Puad Zarkashi

MIC Tidak Selamat Jika Sertai PN – Puad Zarkashi

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti MIC tidak berada dalam kedudukan selamat jika mengambil keputusan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) Ahli Majlis...

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

PAS Mahu Muafakat UMNO PAS, Bukan Muafakat UMNO DAP PKR – Annuar Musa

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - "Mari kita duduk berdua dulu tentukan apa yang boleh di capai kesepakatan terutama antara UMNO...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd