• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bos Jamu Mak Dara Tegur Usahawan Buat Iklan Bodoh

oleh
15/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Tindakan ramai usahawan muda sanggup aib dengan memuat naik iklan produk mereka yang memperbodohkan diri sendiri menerusi media sosial memang tular akhir-akhir ini.

Justeru seorang usahawan kosmetik terkenal tempatan, Syed Muhammad Ghaddafi Syed Ali Al-Habshee menegur mereka agar tidak perlu meniru cara segelintir pihak menarik perhatian pengguna melalui iklan sedemikian rupa.

Malah beliau yang juga Pengarah Urusan Jamu Mak Dara Sdn. Bhd. berkata, strategi pemasaran produk dengan cara fokus kepada kemewahan dan gaya hidup pengusaha adalah sangat mengelirukan pelanggan mereka sendiri.

Ia juga memberikan contoh buruk kepada usahawan baharu meskipun kaedah berkenaan boleh menyebabkan produk tersebut popular tetapi kemungkinan besar tidak laris apabila ramai mulai meluat dengan taktik itu.

Syed Muhammad Ghaddafi yang mesra disapa sebagai Habib berkata, usahawan muda sepatutnya menumpukan aspek pendidikan serta maklumat kebaikan produk dan bukannya menjuruskan fokus kepada diri sendiri.

“Kalau anda cuba memperbodohkan diri sendiri konon untuk melariskan produk, mungkin pada peringkat awal orang suka beli tetapi sekejap sahaja kerana apabila anda sudah tiada maka perniagaan anda itu juga mati.

“Kita sepatutnya mendidik pengguna tentang apakah kelebihan diperoleh apabila membeli produk yang kita keluarkan dan bukannya mahu mencari ‘spotlight’ (sisi menarik) untuk syok imej diri sendiri pula.

“Apabila masyarakat mempunyai informasi yang baik mengenai produk ditawarkan kita, kalau kita mati sekalipun orang akan tetap ingat dan cari produk kita selepas itu,” katanya ketika ditemui media di sini pada Khamis.

Habib turut bercerita bagaimana dia mula bergiat dalam industri itu bersama ibunya di Batu Pahat, Johor pada 2005 lalu dengan modal RM500 dipinjam daripada kawan sebelum mampu berkembang kepada lebih 40 produk.

Ketika itu ujarnya dapat menjual sebungkus sehari pun sudah cukup memadai dan kini beliau berbangga dapat mengeluarkan lebih 60,000 kotak jamu setiap bulan yang dijual kepada 200 pengedar dan 50 stokis seluruh negara.

Terdahulu Habib menyampaikan Syarahan Perdana bertajuk ‘Perintis Jutawan Muda’ di Kampus Kota Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Pengkalan Chepa yang juga dihadiri para pelajar institusi pengajian tinggi berkenaan.

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Che Omar dan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Keusahawanan Global UMK, Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhamad.

Program khas tersebut adalah penamat bagi siri bual bicara ilmiah termasuk Syarahan Pengerusi dan Syarahan Pelantikan Profesor anjuran Majlis Profesor Negara peringkat UMK bagi tahun ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Jamu Mak Darausahawan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PM Ucap Tahniah Kepada Calon PT3

Next Post

Pakatan: Sekejap Boleh Beza Pendapat, Lepas Tu Tak…

Related Posts

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

06/07/2022
0

PASIR GUDANG: Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan kira-kira RM200 juta peruntukan pembiayaian perniagaan kepada golongan usahawan di seluruh negara setakat...

TVET Lonjak Potensi Usahawan

TVET Lonjak Potensi Usahawan

26/06/2022
0

Sungai Petani : Bermula dengan sebidang tanah seluas 0.2 hektar, seorang usahawan muda agromakanan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil...

Next Post

Pakatan: Sekejap Boleh Beza Pendapat, Lepas Tu Tak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd