• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bisu Selepas Lama Tidak Bercakap

oleh Ahmad Albab
29/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG suspek pembunuh yang mengelak daripada ditangkap selama 12 tahun dengan berpura-pura bisu didakwa benar-benar hilang kemampuan untuk bercakap, lapor media Cina baru-baru ini.

Lelaki terbabit, yang hanya dikenali dengan nama Zheng telah dituduh membunuh bapa saudara isterinya, Cai, dalam satu pertengkaran pada tahun 2005.

Semasa pertengkaran itu, Zheng yang ketika itu berusia 33 tahun dikatakan menikam Cai, sebelum melarikan diri dari rumahnya di Hangzhou, Wilayah Zhejiang China tetapi berjaya ditahan pihak berkuasa.

Tetapi, suspek kes pembunuhan itu telah melarikan diri, menggunakan nama palsu Wang Gui dan sejak itu berpura-pura menjadi seorang pengemis bisu.

Zheng akhirnya menetap di sebuah kampung kecil di Wilayah Anhui, 700 km utara Hangzhou, di mana dia mula bekerja dalam bidang pembinaan, sambil mengekalkan identitinya sebagai seorang yang bisu.

Dia juga berkahwin sekali lagi dan mendapat seorang anak, tetapi tidak pernah bercakap dengan mereka, kerana takut rahsia dan identitinya terbongkar.

Malang bagi Zheng apabila penyamaran 12 tahun sebagai lelaki bisu itu tidak dapat membantunya apabila polis menjalankan tinjauan isi rumah, awal tahun ini.

Dokumen pengenalan diri yang tidak lengkap membuatkan mereka curiga, jadi sampel darahnya dan DNAnya diambil untuk memeriksa identitinya.

Ketika itulah rahsia penyamarannya terbongkar bahawa Wang Gui sebenarnya adalah Zheng, suspek pembunuhan yang telah hilang sejak sedekad lalu.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian polis mengetahui sesuatu yang pelik mengenai suspek pembunuh itu.

Walaupun dia telah berpura-pura bisu selama lebih satu dekad, dia kelihatan benar-benar hilang keupayaannya untuk bercakap.

Menurut akhbar Zhejiang Daily, lelaki itu tidak dapat bersuara kerana tidak menggunakan vokalnya dalam tempoh masa yang panjang.

Zheng hanya berkomunikasi dengan pegawai polis secara bertulis.

Ditanya mengapa dia berpura-pura menjadi bisu dalam tempoh masa yang panjang, lelaki itu menulis: “Semakin sedikit saya bercakap, semakin kurang peluang saya buat kesilapan.”

Tidak jelas sama ada kehilangan upaya Zheng untuk bercakap dapat dipulihkan, tetapi jika berjaya ia tidak benar-benar bermakna kerana dia mungkin berdepan hukuman mati jika disabitkan dengan pembunuhan 12 tahun lalu. – mStar Online

Tags: BisuChina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd