• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Ingatan Mengenai Pelaburan Mata Wang Kripto

oleh AK-47
20/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) telah menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati dan memahami risiko tinggi yang dihadapi jika mereka memilih untuk melabur dalam mata wang kripto.

Dalam satu kenyataan hari ini, MAS berkata, ia khuatir orang ramai mungkin tertarik untuk melabur dalam mata wang kripto seperti Bitcoin, disebabkan kenaikan mendadak dalam harga mereka baru-baru ini.

“Mata wang kripto tidak sah diperlakukan. Mereka tidak dikeluarkan oleh mana-mana kerajaan dan tidak disokong oleh mana-mana aset atau pengeluar,” katanya.

MAS menganggap lonjakan baru-baru ini dalam harga mata wang kripto didorong oleh spekulasi.

“Risiko kejatuhan mendadak harga adalah tinggi. Pelabur dalam mata wang kripto harus sedar bahawa mereka menghadapi risiko kehilangan semua modal mereka. Tiada perlindungan kawal selia untuk pelaburan dalam mata wang kripto,” katanya.

Seperti kebanyakan bidang kuasa, MAS berkata, ia tidak mengawal selia mata wang kripto.

Ia berkata, peraturannya tidak diperluaskan kepada keselamatan dan kekukuhan perantara mata wang kripto atau pemprosesan urus niaga mata wang kripto yang sepatutnya.

MAS berkata, disebabkan kebanyakan pengendali platform di mana mata wang kripto didagangkan tidak berada di Singapura, sukar untuk mengesah kesahihan atau kredibiliti mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai mata wang kripto dan pelaburan mata wang kripto, orang ramai boleh merujuk kepada peringatan pengguna MoneySENSE, katanya.

“Mata wang kripto adalah satu bentuk token digital yang dijamin oleh kriptografi dan biasanya digunakan sebagai medium pertukaran, unit akaun atau penyimpan nilai. Contoh mata wang kripto ialah Bitcoin, Ether dan Litecoin,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mata wang kripto
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

YGMB Sasar 10,000 Guru Jadi Ahli Setiap Tahun

Pengasas Tukaran Mata Wang Kripto Turkiye Dihukum Penjara 11,196 Tahun

09/09/2023
0

ISTANBUL: Pengasas Thodex iaitu platform tukaran mata wang kripto Turkiye yang melarikan diri ke Albania serta dua lagi adik-beradiknya, masing-masing...

Peniaga Rugi RM870,000 Pelaburan Mata Wang Kripto

Peniaga Rugi RM870,000 Pelaburan Mata Wang Kripto

17/07/2023
0

BAGAN SERAI – Seorang peniaga kerugian sebanyak RM870,000 setelah diperdaya oleh seorang wanita melalui pelaburan mata wang kripto yang tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd