• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Belajar Dari Kesilapan, Afifah Enggan Toleh Belakang

oleh
03/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGALAMAN pahit semestinya akan memberi impak yang besar kepada diri kita, lebih-lebih lagi jika perkara yang terjadi itu merupakan satu insiden yang menjatuhkan maruah kita di mata masyarakat.

Bagi pelakon Afifah Nasir, dia tidak mahu lagi mengulas panjang ekoran kontroversi yang terjadi pada Julai lalu antara dia dan penyanyi tinggi lampai, Aliff Aziz.

Baca: Bella Dedahkan Kecurangan Aliff Dengan Afifah

Juga: Aliff Dah Mengaku Salah, Afifah Masih Berdiam Diri

Apa yang berlaku dulu itu merupakan satu pengajaran yang besar yang terjadi dalam hidup pelakon berusia 24 tahun itu.

“Cukuplah, saya tak mahu ulas lagi tentang hal lalu. Saya sudah move on dan tak mahu toleh belakang lagi.

“Apa yang boleh saya kata, kejadian hitam lalu adalah pengajaran terbesar dalam hidup saya dan selepas ini saya akan lebih berhati-hati,” katanya dipetik daripada mStar Online.

Pelakon tersebut telah ditemui oleh pihak media sewaktu menghadiri majlis pelancaran Drama Ensiklopedia Perniagaan Pertama Chor dan Chah 2 dekat Pejabat SME Corporation, Platinum Sentral, Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

Turut kelihatan semasa majlis itu ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta penerbit Suhan Movie Sdn. Bhd., Datuk Rosyam Nor.

Drama tersebut diarahkan oleh Kas Roshan dan akan ditayangkan di laman YouTube Chor dan Chah pada setiap Selasa hingga Khamis, 12 tengahari bermula 5 Disember ini.

Antara pelakon yang turut membintangi drama tersebut ialah Saharul Ridzwan, Ruhainies, Hafreez Adam, Luqman Hafidz, Kazar Sadidi dan Haleeda Mazlin.

Sementara itu, menurut Afifah di saat kini dia lebih memilih untuk serius dalam bidang lakonan dan tidak mahu lagi dikenali hanya kerana kontroversi murahan semata-mata.

Walaupun sebelum ini dia dihujani dengan pelbagai tohmahan disebabkan kontroversi tersebut, adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu mengakui rezekinya dalam bidang lakonan tidak terjejas langsung.

“Sekarang ini saya cuma nak fokus dengan lakonan dan tak mahu lagi terbabit dengan isu-isu negatif, cukuplah apa yang telah berlaku.

“Alhamdulillah, kontroversi yang pernah terjadi dahulu, sedikit pun tidak mengganggu kerjaya saya dan rezeki dalam bidang ini masih ada,” ujarnya lagi.

Mungkin Afifah sendiri boleh ambil pengajaran atas apa yang dah terjadi sebelum ni. Perkara tu bukan sahaja memalukan dirinya sendiri. Malah secara tak sengaja turut mengheret ahli keluarganya yang lain.

Lepasni harap-harap dah tak ada dah dengar gosip murah macam ni. Bukan sahaja daripada Afifah, tetapi daripada semua selebriti Malaysia. Buat malu je nanti bila satu Malaysia tahu. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Afifah Nasiraliff aziz kantoi curangbella astilakontroversi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

Rosyam Nor Mohon Maaf

09/01/2024
1

Kuala Lumpur: Datuk Rosyam Nor, 57, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataannya yang berpendapat pusat pelacuran perlu ada di negara ini...

Penerbit Mohon Maaf Isu Hina Jata Negara

30/06/2020
0

KUALA LUMPUR - Penerbit buku yang menimbulkan kontroversi selepas gambar pada kulit buku terbitannya dikatakan menghina logo Jata Negara meminta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd