• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Presiden Yaman Maut Dibedil Houthi Syiah

oleh Ahmad Albab
06/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh disahkan terbunuh akibat serangan pemberontak tempatan, Houthi Syiah di pinggir ibu negara tersebut, Sanaa semalam.

Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan, pegawai dalam parti General People’s Congress (GPC) pimpinan Ali mengesahkan allahyarham terbunuh akibat serangan militan, termasuk pelancar bom tangan.

Turut terbunuh Penolong Setiausaha Agung GPC, Yasser al-Awadi.

Sumber pemberontak Houthi yang disokong Iran menyatakan, militannya berjaya memberhentikan kenderaan berperisai membawa Ali Abdullah dengan bedilan pelancar bom tangan sebelum menembaknya mati.

Laporan lain menyebut Kementerian Dalam Negeri Yaman yang dikuasai pemberontak Houthi turut mengumumkan ‘pembunuhan’ Ali dengan video tersebar memaparkan mayat yang dikatakan pemimpin berkenaan.

Pembaca berita televisyen milik pemberontak, Al-Masirah berkata: “Kementerian mengumumkan tamatnya krisis militan dan pembunuhan pemimpin mereka serta sejumlah penyokong.”

Video yang tular menerusi media sosial menunjukkan mayat jenazah Ali hanya dibungkus dengan selimut dan ada kesan kecederaan teruk di bahagian kepalanya.

Hari ini, pesawat Arab Saudi membedil kedudukan Houthi untuk hari kedua berturut-turut bagi menyokong Ali yang sebelum ini bersekutu dengan pemberontak berkenaan tetapi mengumumkan bekerjasama menentang mereka dalam perang saudara itu.

Kempen serangan udara diketuai Arab Saudi itu disokong Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Barat, membunuh ratusan orang awam, namun gagal mengembalikan kuasa kepada presiden negara itu yang diiktiraf dunia, Abedrabbo Mansour Hadi, sejak perang tiga tahun lalu.

Ali meletak jawatan ketika revolusi kebangkitan Arab Spring 2011 selepas memerintah Yaman selama 33 tahun.

Beliau sebelum ini menyokong Houthi yang menentang Abedrabbo, namun akibat perebutan kuasa, Ali mengumumkan tidak lagi sepakat dengan Houthi. – Agensi/myMetro Online

Tags: HouthiYaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serangan Dron Houthi Ke Atas Eilat – Puluhan Cedera

Serangan Dron Houthi Ke Atas Eilat – Puluhan Cedera

25/09/2025
0

Serangan Dron Houthi ke Atas Eilat: Sekurang-kurangnya 22 Cedera, Israel Gagal Menangkis Oleh Mynewshub Eilat, Israel — Sekurang-kurangnya 22 orang...

Verstappen Laung Amaran Awal

Kapal Diserang Houthi Karam Di Laut Merah

03/03/2024
0

DUBAI: Sebuah kapal yang diserang kumpulan bersenjata Houthi Yaman karam di Laut Merah, sekali gus menjadi kapal pertama musnah sepenuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd