• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet: Perlis Ambil Kira Detik Hati, Keperluan Rakyat

oleh Ahmad Albab
12/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Bajet Perlis 2018 dirangka dengan mengambil kira detik hati serta keperluan rakyat tanpa menganaktirikan mana-mana pihak, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional sentiasa bersifat konsisten dalam memastikan faedah daripada bajet yang dibentangkan akan membawa kemajuan kepada negeri demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Bertemakan ‘Memacu Pembangunan Negeri, Mengutamakan Kebajikan Demi Kesejahteraan Rakyat’, bajet 2018 Perlis memperuntukkan sejumlah RM257.33 juta bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

“Sebanyak RM164.52 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM92.81 juta untuk perbelanjaan pembangunan. Bajet kali ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM58.57 juta berbanding Bajet 2017,” katanya semasa membentBangkan bajet itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kompleks DUN di sini, hari ini.

Beliau berkata dengan anggaran hasil sebanyak RM103.04 juta bagi 2018 dan anggaran perbelanjaan mengurus (tanggungan dan bekalan) berjumlah RM175.03 juta, kerajaan negeri dianggarkan mengalami defisit sebanyak RM71.99 juta.

“Jumlah defisit ini menunjukkan penurunan sebanyak RM8.48 juta berbanding defisit pada 2017 sebanyak RM80.47 juta… kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk merapatkan jurang antara hasil dan perbelanjaan negeri.

“Perbelanjaan defisit bukanlah sesuatu yang buruk sepenuhnya kerana ia melambangkan dasar fiskal berkembang dan dasar ini sebenarnya meletakkan lebih banyak tunai di tangan rakyat dan boleh meningkatkan kebolehan rakyat untuk berbelanja,” kata Azlan.

Beliau berkata bagi memacu pembangunan negeri, sebanyak RM13.5 juta diperuntukkan untuk menaik taraf infrastruktur dan daripada jumlah itu sebanyak RM6.4 juta khusus untuk penambahbaikan kemudahan di luar bandar seperti sistem parit, saliran, titi, lintasan tali air, surau serta dewan orang ramai.

Katanya bagi menangani isu banjir di Perlis, sebanyak RM11.6 juta diperuntukkan bagi program pencegahan banjir seperti menaik taraf infrastruktur pengairan dan benteng, penyelenggaraan sungai, parit dan kolam takungan.

“Bagi menambah baik perparitan dan sistem saliran setempat yang sering menyebabkan banjir kilat, sebanyak RM5.9 juta disediakan dan kerajaan negeri turut menyediakan RM3 juta bagi membina sistem saliran tebatan banjir di negeri ini,” katanya.

Sementara itu katanya sebanyak RM4.2 juta diperuntukkan bagi menaik taraf persimpangan dan jalan untuk meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya dan mengurangkan kesesakan. – BERNAMA

Tags: Azlan ManBajet 2018
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video Neelofa Gelek Arab Cetus Sensasi

Next Post

Najib Kini Lebih Kuat, BN Bakal Menang PRU-14

Related Posts

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

10/04/2023
0

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap lima pertuduhan...

Shahidan Kassim Digantikan Azlan Man

25/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim selaku Pengerusi Badan Perhubungan...

Next Post

Najib Kini Lebih Kuat, BN Bakal Menang PRU-14

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd