• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Arsene Wenger Tak Takut Hilang Alexis Sanchez

oleh Ahmad Albab
29/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARSENE Wenger mengakui dia tidak sekalipun takut kehilangan Alexis Sanchez yang akan tamat kontraknya bersama Arsenal hujung musim ini.

Sejurus selepas Sanchez menjaringkan dua gol ke atas Crystal Palace malam Khamis, pengurus Arsenal itu diajukan soalan mengenai perasaannya jika kehilangan khidmat bintang Chile berkenaan bulan depan.

“Saya tak takut tetapi ia akan menjadi subjek yang timbul kerana keadaan kontraknya.

“Secara keseluruhan ia adalah kemenangan yang menyakinkan walaupun babak kedua lebih sukar berbanding yang pertama. Kami mendapat suntikan semangat untuk menjaringkan dua gol berharga dan dari situ kami tidak berputus asa.

“Kami datang ke sini dan ia perlawanan sukar untuk sesiapa sahaja di dalam liga. Kami kelihatan bergelut tetapi berjaya beraksi dengan cemerlang,” katanya.

Sementara itu, Wenger kini boleh menarik nafas lega apabila Jack Wilshere memberi jaminan akan memperbaharui kontraknya di Emirates.

“Kita tunggu dan lihat bila dia (Wenger) akan bercakap dengan saya tetapi saya yakin ia (kontrak) akan dipersetujui,” kata pemain tengah itu sejurus tamat perlawanan.

Pada perlawanan itu, Arsenal mengatasi Crystal Palace 3-2 menerusi jaringan Shkodran Mustafi dan dua gol sumbangan Sanchez. – mStar Online

Tags: Alexis SanchezArsene Wenger
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menang Pertaruhan, Sanchez Kata “Rojo Anda Hutang Saya £20k”

23/12/2018
0

PEYERANG Manchester United, Alexis Sanchez bertaruh dengan rakan pasukannya, Marcos Rojo bahawa Jose Mourinho akan dipecat di Old Trafford. Karier...

Sanchez Terpaksa Berehat Panjang

30/11/2018
0

MANCHESTER - Bintang Manchester United, Alexis Sanchez dijangka terpaksa berehat panjang selepas mengalami kecederaan hamstring yang serius pada sesi latihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd