• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Rampas Rokok, Bot & Enjin Bernilai RM142,500

oleh AK-47
29/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kuala Linggi mematahkan cubaan sebuah bot menyeludup masuk rokok ke negara ini awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Logistik APMM Negeri Sembilan dan Melaka Leftenan Komander Maritim Eizanizam Muhammad Eng berkata bot itu ditahan pada kedudukan kira-kira 0.8 batu nautika timur dari Jimah Power Station, Port Dickson di Negeri Sembilan.

“Rokok putih jenama John disyaki dibawa dari negara jiran untuk dijual secara tidak sah di Malaysia. Nilai rampasan rokok (kira-kira 15 kotak) dan dua enjin jenis Yamaha 200 kuasa kuda bernilai RM142,500 itu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sejurus menerima maklumat daripada risikan APMM, sepasukan anggota penguat kuasa dihantar ke lokasi bagi membuat pemantauan dan mengesan sebuah bot mencurigakan sedang memunggah sesuatu ke daratan dan dua buah lori sedang berada di darat tidak jauh dari bot yang disyaki.

Beliau berkata APMM percaya sejumlah besar rokok berjaya dipunggah masuk ke dalam 2 lori yang berada didaratan sebelum pihak APMM tiba di lokasi kejadian.

Eizanizam Muhammad berkata bot berserta muatan tersebut kemudian ditunda ke pejabat APMM untuk disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

Beliau berkata APMM Kuala Linggi akan sentiasa mempertingkat operasi dalam usaha meminimumkan kesalahan-kesalahan maritim tambahan dengan maklumat orang ramai.

“Kami mengalu-alukan maklumat berterusan dan aduan berkaitan jenayah dan kesalahan maritim melalui talian hotline 06-3876804 bagi Melaka/ Negeri Sembilan yang beroperasi 24 jam,” katanya. -BERNAMA

Tags: APMMRampas Rokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd