• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADAM50 Hadiah Untuk Generasi 2050 – Salleh

oleh Ahmad Albab
21/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengumuman kerajaan dalam pembentangan Bajet 2018 tentang Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) cukup menarik dan merupakan ‘durian runtuh’ buat generasi 2050, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata ADAM50 merupakan dana pertama seumpamanya dalam sejarah Malaysia yang bertujuan menggalakkan anak-anak menabung selain sebagai hadiah kepada generasi Transformasi Nasional (TN50).

Katanya disebabkan itu tabungan dalam dana berkenaan hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun.

“Dengan adanya dana ini, anak yang lahir boleh terus mendapatkan RM200 asalkan didaftarkan dalam tempoh setahun dari tarikh kelahiran bayi. Dahulu untuk membuka ASB (Amanah Saham Bumiputera) atau AS1M (Amanah Saham 1Malaysia), seseorang bayi perlu sekurang-kurangnya berumur enam bulan.

“Bukan hanya anak muda yang teruja dengan ADAM50, ibu bapa muda dan rakyat seluruhnya juga gembira. Bayangkan mulai 1 Jan 2018 ini sehingga 2022, kerajaan akan memberikan dana tabungan permulaan sebanyak RM200 melalui unit ASB (bagi Bumiputera) dan AS1M (bagi bukan Bumiputera),” katanya menerusi catatan terbaharu di blog sskeruak.blogspot.my hari ini.

Beliau berkata biarpun kos untuk menjayakan skim itu memerlukan perbelanjan yang besar dan tinggi namun kerajaan melakukannya untuk kesejahteraan rakyat.

“Pengerusi Kumpulan PNB (Permodalan Nasional Berhad) Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata anggaran kos keseluruhan ADAM50 selama lima tahun ini adalah RM560 juta dan akan memanfaatkan 2.8 juta bayi Malaysia.

“Sesungguhnya ADAM50 adalah durian runtuh untuk generasi 2050,” tambahnya.

Salleh berkata ada anak muda bertemunya dan bertanyakan hal berkaitan ADAM50 seperti “bagaimana mahu memohon?”, “bila boleh memohon?”, dan “apa syaratnya?”.

Tambahnya, untuk jawapan kepada pertanyaan tersebut, layari laman web www.asnb.com.my/v3_/asnbv2_5faq.php#adam50 – BERNAMA

Tags: ADAM50Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inisiatif ADAM50 Akan Dihentikan Pada Akhir Tahun

21/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang diperkenalkan pada Januari oleh kerajaan Barisan Nasional akan dihentikan menjelang...

Kurang Sambutan, Program ADAM50 Ditamatkan – PNB

21/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjelaskan bahawa Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan ditamatkan pada 31 Disember...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd