• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Acara Naik Bendera Dahului Perasmian PAU 2017

oleh Ahmad Albab
07/12/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan dan acara menaikkan bendera UMNO di Plaza Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Presiden UMNO, tiba pada pukul 8.45 pagi bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan disambut Ketua Pergerakan Wanita Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Najib kemudian diiringi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama-sama Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ke pentas khas untuk menerima tabik hormat daripada komander perbarisan, Komander Mohd Irwan Ismail berserta 150 anggota ketiga-tiga sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

Najib selepas itu menaikkan bendera UMNO ‘Sang Saka Bangsa’ dengan diiringi nyanyian lagu UMNO, ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’ oleh anggota parti dan hadirin yang menyaksikan acara itu.

Selesai acara berkenaan, Najib ke Dewan Merdeka bagi menyampaikan ucapan dasar Presiden sekali gus merasmikan perhimpunan parti berusia 71 tahun itu.

Sebelum perasmian, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin diberi penghormatan untuk memulakan acara perbarisan di Dewan Merdeka yang disertai 50 anggota perwakilan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. – BERNAMA

Tags: Perhimpunan Agung UMNO 2017Perhimpunan Ulang Tahun Ke-71 UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Sedia Hadapi ‘Bapa Segala Pilihan Raya’

09/12/2017
0

KUALA LUMPUR – Laungan Hidup UMNO!, Hidup BN, Hidup Malaysia! bergema di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini...

Najib Tiup Semangat UMNO Untuk Hadapi PRU14

10/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Segala-galanya sudah sedia dengan strategi untuk kejayaan telah disusun tatkala Datuk Seri Najib Tun Razak meniup semangat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd